Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ANWAR RIDHWAN | Dia lahir pada 5 Ogos 1949 di Parit Satu Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Nama sebenarnya ialah Mohd. Anuar Haji Rethwan. Dia mendapat pendidikan asas di Sekolah Ungku Aziz Sabak Bernam (1963-1967) dan Sekolah Menengah Alam Shah Kuala Lumpur (1968-1969). Pada tahun 1970, dia menuntut di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Bakat besarnya dalam bidang sastera dan penulisan bermula ketika pada tahun pertama universiti, terutamanya dalam bidang sajak dan cerpen, dan turut mengasaskan ikatan Sastera Universiti Malaya (ISUM) dan mengelolakan ruangan kebudayaan akhbar Mahasiswa Negara. Anwar lulus Sarjana Muda Sastera (kepujian) pada tahun 1973. Pada bulan Mei 1973, dia bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sejak bertugas di DBP, Anwar pernah menjadi sidang editor majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Pada tahun 1983, dia menamatkan pengajian ijazah sarjana Sastera di Universiti Malaya. | SASTERA | Tokoh |
OFFA'S DYKE | Offas Dyke ialah kubu tanah purba di antara England dengan Wales. Ia terdiri daripada sebatang parit dan baluarti yang diperbuat daripada tanah. Pada masa dahulu Offas Dyke pernah menganjur kira-kira 225 kilometer panjang, dari muara Sungai Dee di utara hingga ke muara Sungai Wye di Selatan. Kebanyakan tinggalannya masih kelihatan sekarang. Bahagian yang paling terpelihara terletak di antara Presteign dengan Montgomery. Offas Dyke dinamakan sempena nama Offa, raja Mercia, yang membinanya antara tahun 784 M. hingga tahun 796 M. sebagai pertahanan terhadap serangan orang Celt dari Wales. | UMUM | |
NATRIUM HIDROKSIDA | Natrium hidroksida, juga dikenali sebagai soda kaustik, ialah bahan kimia industri yang penting. Ia bertindak sebagai bahan utama dalam banyak pencuci parit dan pencuci ketuhar komersial. Ia juga digunakan dalam pembuatan sabun dan kertas. | UMUM | |
SEJUK KAKI | Sejuk kaki ialah keadaan penyakit di bahagian bawah kaki yang berpunca daripada terlalu lama terdedah kepada sejuk lembap. Keadaan ini dialami oleh ramai askar yang bertempur di parit pelindung semasa Perang Dunia I (19141918). Ia menyerupai reput fros yang ringan hinggalah kepada yang sederhana. Reput fros terjadi akibat terdedah kepada keadaan sejuk kering. Askar, pekerja luar, dan pemburu selalu mengalami sejuk kaki. Ia perlu dirawat seperti reput fros, dengan membersihkan kaki, berehat dan mengembalikan peredaran darah. | UMUM | |
YAHAYA ISMAIL | YAHAYA ISMAIL (1940- ), penulis dan pengkritik sastera dan politik. Dia lahir pada 30 April 1940 di Simpang Lima, Parit Buntar, Perak. Nama sebenarnya ialah Yahaya @ Mustapha bin Ismail. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanah Kebun, Parit Buntar, pendidikan menengah di Sekolah Inggeris Methodist, Parit Buntar dan Sekolah Laki-laki Methodist, Pulau Pinang. Setelah tamat Tingkatan Lima, dia mengikut latihan perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta dan berhasil memperoleh Sarjana Sastera dalam bidang Pengajian Sastera Indonesia (1968-1970). Dia kemudiannya meneruskan pengajiannya ke Universiti Monash, Melbourne, Australia dan memperoleh ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1973. | SASTERA | Tokoh |
KINCIR | KINCIR, alat untuk menimba dan mengalirkan air dari anak sungai atau parit ke kawasan pertanian. Alat ini juga dikenal sebagai tangguk air. | BUDAYA | Artifak/Mentifak |
MADRASAH HAJI TAIB | MADRASAH HAJI TAIB, sekolah agama. Madrasah ini terletak di Parit Jamil, Muar, Johor. Orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan madrasah ini ialah anak-anak Haji Taib. Mereka menamakan madrasah ini sempena nama bapa mereka. Haji Taib berasal dari Tanah Jawa dan membuka kawasan Parit Jamil pada penghujung abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
DIALEK MELAYU DI SUNGAI PERAK | DIALEK MELAYU DI SUNGAI PERAK, satu ragam dialek Melayu yang mempunyai ciri-ciri linguistik tersendiri yang dituturkan di kawasan yang terletak di pinggir Sungai Perak. Dari segi penyebaran geografinya, kawasan ini termasuklah Kampung Gajah di sebelah selatan, Bota, dan sehinggalah ke pekan Parit di sebelah utara. Selain dikenal sebagai dialek Melayu Sungai Perak (DMSP), dialek ini juga biasa disebut sebagai dialek Parit. Pada umumnya, nama dialek Parit itu lebih dikenal ramai dan sering digunakan untuk merujuk ragam dialek Melayu yang dituturkan di daerah ini. | BAHASA | Bahasa |
FATIMAH HASHIM, TAN SRI | FATIMAH HASHIM, Tan Sri (1924 - ), ahli politik. Dia lahir pada 25 Disember 1924 di kampung Parit Kurma, Muar, Johor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lelaki Kampung Parit Kurma dan Sekolah Melayu Perempuan Mersing. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
BROWN C.C. | BROWN, C.C. (? - ? ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa British. Nama sebenarnya ialah Charles Cuthbert Brown. Dia pernah berkhidmat sebagai hakim di Parit, pelatih kepada pegawai di Pejabat Tanah di Taiping, Penolong Pegawai Daerah Parit, Residen British di Pahang, dan Penasihat British di Terengganu. | BAHASA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| parit (kata nama) | Bersinonim dengan longkang, alur, saluran, saliran, tali air, alahan, bendar, siring, solokan,
selokan, apuran, got., | |
|
Puisi |
---|
|
Dari Parit ke Tanjung Piandang, Singgah sekejap membeli roti; Bila sudah wajah terpandang, Tetap tersimpan di lubuk hati.
Lihat selanjutnya... |
|