Menara Martello ialah menara pertahanan yang dibina pada tahun 1804 di sepanjang pantai selatan dan pantai tenggara England serta pantai timur Ireland. Menara itu dibina sebagai benteng pertahanan terhadap ugutan serangan Napoleon. William Pitt mengarahkan supaya 74 buah menara Martello dibina di sepanjang pantai Essex, Kent, dan Essex Timur. Menara Martello meniru sebuah menara di Tanjung Mortella; Corsica. Tinggi menara ini kira-kira 12 meter dan temboknya setebal tiga meter. Tiga laras senapang dilekapkan pada bumbung setiap menara. |