Bierce, Ambrose Gwinett (18421914?) ialah penulis dan wartawan Amerika. Dia terkenal dengan cerita perang yang realistik di samping cerita-cerita ngeri dan alam ghaib. Dia mempunyai gaya penulisan yang ringkas dan tepat. Watak-watak dalam ceritanya didorong oleh naluri yang paling rendah. Banyak wataknya bertindak seperti haiwan dengan sedikit hati nurani. Cerita-ceritanya ini menunjukkan betapa tertariknya Bierce terhadap kekejaman dan kematian. |