Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MINUMAN RINGAN | Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol, berperisa, yang disediakan dengan air bergas. Minuman ini dinamakan ringan untuk membezakannya daripada minuman keras (beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah minuman ringan yang paling banyak digunakan. Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren, anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di banyak negara di dunia. | UMUM | |
MINUMAN BERALKOHOL | Minuman beralkohol ialah minuman yang mengandungi alkohol etil. Minuman beralkohol dihasilkan terutamanya daripada bijirin seperti barli, jagung dan sekoi, ataupun diperoleh daripada buah anggur atau buah-buahan yang lain. | UMUM | |
TEH | Teh ialah minuman yang disediakan dengan cara menuangkan air yang mendidih ke atas daun teh yang kering dan telah diproses. Teh menjadi minuman menyegarkan yang paling popular di kebanyakan negara. | UMUM | |
KOPI | Kopi minuman yang dibuat daripada biji kopi yang dipanggang dan dikisar. Ia merupakan minuman panas yang disukai hampir di seluruh dunia. | UMUM | |
SIDER | Sider ialah minuman beralkohol yang dibuat daripada jus epal. Di Amerika Syarikat ia dikenali sebagai sider keras. Kebanyakan sider mengandungi 5 peratus hingga 7 peratus alkohol. Sider dihasilkan dengan mengisar epal dan memerah jusnya dengan penekan mekanikal. Jus ini kemudiannya dibiarkan menapai . Dalam proses ini, jus disimpan sehingga yis menukarkan gula dalam jus menjadi alkohol. Sider boleh dibuat cuka sider dengan membiarkan bakteria menukarkan alkohol menjadi asid asetik. Asid ini menjadikan cuka berasa masam. Lihat Cuka. | UMUM | |
KORDIAL | Kordial lihat Minuman beralkohol (Liqueur). | UMUM | |
SUSU | Susu, makanan paling berkhasiat dan minuman kegemaran ramai di seluruh dunia. Susu mengandungi hampir semua nutrien (bahan berkhasiat) yang diperlukan oleh manusia untuk tumbesaran dan kesihatan. Ini kerana susu mengandungi kandungan nutrien yang sangat tinggi dan membolehkannya berfungsi sebagai sebuah pasukan untuk membantu mengekalkan kekuatan dan kesihatan tubuh. | UMUM | |
DIET | Diet ialah makanan dan minuman yang diambil oleh seseorang secara tetap setiap hari. Perkataan diet juga merujuk kepada amaun atau jenis makanan yang diperlukan untuk tujuan khusus, seperti mengurangkan atau menambahkan berat. | UMUM | |
KUMIS | Kumis ialah minuman yang ditapai yang dibuat daripada susu kuda atau susu unta. Perkataan ini juga dieja koumis, koumiss, atau koumyss. Kumis adalah jernih, masam, lut sinar, pekat, dan berbuih seperti soda berkarbonat. | UMUM | |
RESTORAN | Restoran ialah tempat perniagaan yang menyajikan makanan dan minuman kepada orang awam. Pada mulanya, restoran menjalankan perniagaan di tepi jalan, tempat pengembara berehat dan memulihkan tenaga. Perkataan restouran berasal daripada perkataan Latin restaurare , yang bermakna to restore (memulihkan semula). Hari ini, restoran terdapat di merata-rata tempat di jalan yang sunyi dan jalan yang sibuk; hotel; lapangan terbang, stesen bas, dan stesen kereta api; taman hiburan; dalam bangunan pejabat; dan juga pusat membeli-belah. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| minum (kata kerja) | Bersinonim dengan meneguk, menggogok, menggelogok, menogok, menogak, menunggang, menghisap,
menghirup, menyedut, menelan, menjilat, mereguk;, | | Kata Terbitan : terminum, minuman, peminum, |
|
Puisi |
---|
|
Air ini air minuman, Air letak dalam gelas; Surat ini surat kiriman, Harap juga abang balas.
Lihat selanjutnya... |
|