Perancis ialah negara terbesar di Eropah Barat dari segi keluasan. Paris, ibu negara Perancis dan bandar terbesar di negara ini, menduduki tempat sebagai sebuah daripada bandar yang terbesar di dunia. Selama beratus-ratus tahun, Paris telah menjadi ibu negeri kesenian dan ilmu pengetahuan di dunia. Universitinya berusia lebih 800 tahun dan merupakan salah sebuah universiti yang terbesar di dunia. Paris menarik seniman dan penulis daripada semua bangsa. Banyak seniman agung telah menghasilkan karya unggul di sana. Paris merupakan bandar yang terkenal dengan keindahan dan kegemilangan seni binanya. Setiap tahun, berjuta-juta pelancong mengunjungi mercu tanda Paris yang masyhur, seperti Katedral of Notre Dame, Menara Eiffel, dan Louvre salah sebuah muzium seni yang terbesar di dunia. |