Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERINTAH BERKURUNG | Perintah berkurung ialah satu tempoh dari siang hari yang membawa ke petang dan berakhirnya kerja. Perkataan ini berasal daripada perkataan Perancis couvrefeu yang bermaksud padamkan apa yang sedang menyala . Pada permulaan waktu perintah berkurung, loceng dibunyikan memberitahu penduduk supaya memadamkan lampu, menutupi api dan tidak berada di jalan raya sehingga hari siang. | UMUM | |
BAKUL | BAKUL, bekas untuk mengisi barang, yang dianyam daripada bahan yang senang dilengkung dan dijalin seperti rotan, buluh, mengkuang, purun, bemban dan lain-lain. Menganyam bakul bermula dari dasar membawa ke atas bagi semua reka bentuk. Apabila selesai ukuran yang dikehendaki, anyaman dikemaskan dan dimatikan dengan jalinan rotan halus atau bemban, ataupun diapit dengan gelang rotan atau buluh di mulut bakul dan kemudian dijalin untuk meneguhkannya. | BUDAYA | Kraf Tangan |
SEPINA | Sepina ialah perintah undang-undang bertulis atau writ , untuk hadir sebagai saksi dan memberi testimoni di dalam mahkamah. Perkataan tersebut berasal daripada dua perkataan Latin, iaitu sub , yang bermakna di bawah , dan peona yang bermakna denda atau penalti . Seseorang yang menerima sepina hendaklah mematuhinya, dengan pengertian dia akan menerima penalti kerana penghinaan mahkamah. Ayat dalam bahasa Latin yang berbunyi The subpoena duces tecum (bermakna membawa bersama-sama anda dengan penalti ) menghendaki seseorang itu membawa ke mahkamah barang-barang tertentu seperti kertas, buku, rekod kewangan, atau dokumen yang lain. Lihat juga Saksi . | UMUM | |
PERPINDAHAN KE BARAT | Perpindahan ke barat membawa peneroka Amerika merentas benua dari Lautan Atlantik hingga ke Lautan Pasifik. Perpindahan ke barat ini bermula pada awal tahun 1600-an dengan petempatan orang Eropah di sepanjang pinggir pantai Atlantik, Amerika Utara. Ia berterusan hingga akhir tahun 1800-an. Pada waktu itu, perbatasan di barat Amerika Syarikat telah ditakluk. | UMUM | |
SISTEM PEREDARAN | Sistem peredaran ialah satu rangkaian yang membawa darah ke seluruh badan. Semua haiwan kecuali jenis yang paling ringkas mempunyai sistem peredaran. | UMUM | |
LIF | Lif ialah alat pengangkutan yang membawa orang dan barang ke tingkat-tingkat bangunan. Perkataan lif, biasanya bermaksud gerabak yang membawa orang atau barang. Tetapi perkataan ini juga merujuk kepada keseluruhan sistem yang mengawal pergerakan gerabak itu. Gerabak itu bergerak ke atas dan ke bawah dalam syaf yang mempunyai rel pandu keluli untuk menghalang pergerakan ke sisi. Di Amerika Syarikat lif dikenali sebagai elevator. | UMUM | |
RIBUT PASIR | Ribut pasir ialah tiupan angin yang membawa pasir ke udara. Kebanyakan pasir yang diterbangkan angin tidak naik melebihi 50 sentimeter tinggi tetapi sesetengah butir pasir mungkin naik kira-kira dua meter tinggi. Purata diameter butir pasir yang dibawa oleh angin adalah antara 0.15 milimeter hingga 0.30 milimeter. Semasa ribut pasir berlaku, angin mencapai kelajuan 16 kilometer sejam atau lebih. Ribut itu mungkin berlaku selama tiga jam hingga lima jam. | UMUM | |
REVOLUSI PERANCIS | Revolusi Perancis membawa perubahan besar dalam masyarakat dan kerajaan Perancis. Revolusi ini yang berlanjutan dari tahun 1789 hingga tahun 1799, juga membawa kesan yang menjangkau jauh ke negara Eropah yang lain. Revolusi ini memperkenalkan prinsip demokrasi kepada Perancis tetapi tidak mengubah negara itu menjadi negara demokrasi. Walau bagaimanapun, revolusi ini menamatkan sistem pemerintahan tertinggi oleh raja Perancis dan memperteguhkan golongan kelas pertengahan. Selepas revolusi ini bermula, raja, golongan bangsawan atau golongan yang mempunyai keistimewaan yang lain tidak lagi boleh menganggap kuasa mereka tidak akan tergugat ataupun tidak mengendahkan prinsip kebebasan dan kesamaan. | UMUM | |
REFORMASI | Reformasi ialah gerakan keagamaan pada tahun 1500-an yang melahirkan Protestanisme. Ia membawa dan nampak hebat ke atas kehidupan sosial, politik, dan ekonomi di Eropah, dan pengaruhnya masih dirasai sehingga kini. Gerakan ini bermula pada tahun 1517 apabila seorang rahib Jerman, Martin Luther, membantah amalan tertentu Gereja Roman Katolik. Kira-kira 40 tahun kemudian, Protestanisme lahir di Eropah. | UMUM | |
SLESSOR, KENNETH | Slessor, Kenneth (19011971) ialah salah seorang daripada pemuisi moden Australia yang terpenting. Dia terkenal kerana membawa kemodenan ke dalam puisi Australia selepas tempoh semangat kenegaraan yang kuat. Dia tidak mengambil peduli tentang subjek tradisi awal Australia yang terdiri daripada pengiring, pengembara di darat, dan watak-watak lain. Dia tidak mengambil berat tentang landskap Australia. Tema yang kerap dipilih oleh Slessor ialah laut dan puisi laut yang ditulisnya memperkenalkan aliran baru dalam puisi Australia. Falsafahnya lebih moden dan bersifat universal berbanding pemuisi Australia yang lebih awal. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa ke |
|
Puisi |
---|
|
Hujan di hulu hujan di hilir, Hujan di Teming membawa rintik; Pandang ke bahu pandang ke leher, Pandang ke kening membawa cantik.
Lihat selanjutnya... |
|