Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ELISI | Elisi, dalam puisi bermaksud menggugurkan atau menyebut dengan tidak jelas vokal atau suku kata perkataan bagi menghasilkan irama yang mantap. | UMUM | |
DAVID, JACQUES LOUIS | David, Jacques Louis (17481825), pelukis Perancis yang terkemuka semasa Revolusi Perancis dan dalam era Napoleon. Dia melukis khususnya dalam gaya neoklasik yang menekankan bentuk secara mantap berdasarkan bentuk model, unsur perincian yang realistik, dan komposisi yang berimbang. | UMUM | |
NOVELLO, IVOR | Novello, Ivor (18931951), menjadi terkenal sebagai penggubah salah sebuah lagu Perang Dunia I (19141918) yang paling popular, Keep the Home Fires Burning. Dia juga merupakan pengurus pelakon, pelakon filem, dan dramatis yang mantap. Novello lahir di Cardiff, Wales. Nama sebenarnya ialah David Ivor Davies. | UMUM | |
NYANYIAN KANAK-KANAK | Nyanyian kanak-kanak ialah puisi kanak-kanak yang beritma serta bertujuan untuk menghiburkan hati kanak-kanak. Puisi-puisi ini, yang merupakan satu bentuk kesusasteraan rakyat, menarik hati kanak- kanak kerana rima dan bunyinya yang menawan serta ritmanya yang mantap. Kanak-kanak biasanya mengikut rentak ritma perkataan-perkataan dengan bertepuk tangan atau menggerakkan badan ke hadapan dan ke belakang. | UMUM | |
EJA | EJA, persatuan yang khusus untuk wartawan hiburan. EJA ialah singkatan bagi Entertainment Journalists Association of Malaysia (Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia). Persatuan ini ditubuhkan pada 20 Januari 1979 di Kuala Lumpur. Idea awal penubuhannya dikemukakan olah Khalid Jefri, Pengarang Kumpulan Majalah Utusan Melayu ketika itu, agar semua wartawan hiburan bersatu dalam menjalankan tugas mencari bahan berita dan rencana untuk media masing-masing. Persatuan ini juga ditubuhkan bertujuan untuk menambah bilangan wartawan hiburan dan penulis berita hiburan yang mantap, sesuai dengan saranan Menteri Penerangan pada waktu itu, Mohamad Rahmat. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
|
Tesaurus |
---|
| mantap (adjektif) | Bersinonim dengan stabil, tetap, mapan, malar, kukuh, teguh;, | | Kata Terbitan : memantapkan, kemantapan, pemantapan, pemantap, |
|
|