Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
JURNAL BUDAYA MELAYU | JURNAL BUDAYA MELAYU, jurnal yang mula diterbitkan oleh Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (kini Institut Alam dan Tamadun Melayu) Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1975, khusus untuk menampung ruang makalah dan kritikan sastera, laporan penyelidikan yang berkaitan dengan bahasa dan sastera, makalah bergambar tentang kebudayaan Melayu di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia dan Filipina serta negara lain. | BAHASA | Karya |
O'CONNOR, THOMAS POWER | OConnor, Thomas Power (1848 1929) ialah wartawan dan ahli politik Ireland yang menjadi wira dalam nasionalisme Ireland. Dia berkhidmat dalam Parlimen British dari tahun 1880 hingga tahun 1929. OConnor lahir di Athlone, dalam kaunti Westmeath. Dia mula bekerja sebagai wartawan bagi sebuah surat khabar Dublin pada tahun 1867. Dia kemudian mengasaskan dan menyunting Star London, Sunday Sun, T.Ps Weekly, dan akhbar- akhbar lain yang diterbitkan di London. Dia juga menulis buku dan makalah. | UMUM | |
MASTIKA | MASTIKA, majalah umum terbitan Utusan Melayu (M) Berhad. Mastika keluaran pertama diterbitkan pada 1 Jun 1941. Moto majalah ini ialah Majalah Bulanan mengandungi makalah adabiah, ilmu pengetahuan, tarikh dan cerita rekaan. Moto ini diletakkan di bawah tajuk Mastika. Majalah ini berukuran 27 cm x 19 cm, mengandungi 76 halaman dan bertulisan Jawi. Harga senaskhah ialah 50 sen. | SASTERA | Penerbitan |
MEE, R. | MEE, R. ( ? - ? ), pengkaji bahasa Melayu. Tarikh, tempat lahir dan latar belakangnya tidak diketahui. Dia telah menulis sebuah makalah berjudul An Old Malay Dictionary yang tersiar dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS), halaman 316 hingga halaman 326 (1929). | BAHASA | Tokoh |
|
|