Schuster, Sir Arthur (18511934) ialah ahli fizik yang menyumbang terhadap penemuan elektron. Dia mencadangkan bahawa kuasa pengaliran di atmosfera atas bumi disebabkan oleh sinar ultraungu dari matahari. Dia adalah profesor di Manchester University, England, tempat dia membina sebuah makmal. Schuster lahir di Frankfurt am Main di Jerman, tetapi berhijrah ke Manchester, England semasa berumur 19 tahun. Pada mulanya dia menceburi bidang perniagaan, tetapi kemudiannya beralih kepada bidang sains yang dipelajarinya di Owens College, Manchester, dan di University of Heidelberg, Jerman. |