Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MADAH KELANA | MADAH KELANA, kumpulan puisi karya Sanusi Pane. Kumpulan puisi ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1931 oleh Balai Pustaka dan cetakan kedua oleh penerbit yang sama pada tahun 1957. | SASTERA | Karya |
MADIHIN | MADIHIN, puisi yang disampaikan secara berlagu yang mengandungi unsur hiburan dan pendidikan. Madihin merupakan salah satu cabang kesenian daerah Banjar, Kalimantan Selatan, Indonesia. Madihin berasal daripada kata madah yang bererti pesan atau nasihat. Dalam bahasa Banjar kata madahan digunakan dan lama-kelamaan sebutannya berubah menjadi madihin. | BUDAYA | Karya |
YAHYA M.S. | YAHYA M.S. (1939- ) penyair dan penulis Brunei Darussalam. Dia lahir pada 21 Ogos 1939 di Kampung Lorong Sikuna, Brunei Darussalam. Nama penuhnya ialah Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Yahya bin Haji Ibrahim. Dia turut menggunakan nama pena Maya Borneo, Madah Satria dan Yusra Hariry. Yahya M.S. menerima pendidikan Melayu, Inggeris dan Arab. Dia pernah terdidik di Sekolah Arab Al-Juneid, Singapura dari tahun 1955 hingga tahun 1958. Kemudian dia menyambung pelajarannya di Kolej Islam Malaya, Kelang, Selangor (1958-1963). Seterusnya dia melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar, Mesir (1965-1967) dan menerima Ijazah Sarjana Sastera (M.A.) dalam Jurusan Pengajian Arab. | SASTERA | Tokoh |
|
|