Terowong Pelabuhan Sydney , di New South Wales , Australia, ialah jalan perhubungan empat hala sepanjang 2.3 kilometer antara lebuh raya ke utara dengan selatan Pelabuhan Sydney. Projek tersebut yang dibiayai bersama oleh sebuah syarikat Australia dan sebuah syarikat Jepun, termasuk tiub bawah aras laut sepanjang 960 meter melintasi pelabuhan, yang dipasang pada lurah yang dibina di dasar laut. Tiub tersebut terdiri daripada lapan bahagian. Setiap bahagian ialah sepanjang 120 meter dan seberat 23 000 tan metrik. Terowong ini dibuka kepada lalu lintas pada bulan Ogos 1992. |