Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing berkelok.

Takrif

Kesulitan (kesusahan) dalam melakukan sesuatu pekerjaan jika tidak berilmu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bak orang gombang di lebuh.

Takrif

Congkak di tengah jalan tetapi rumah tangganya tidak sempurna. gombang = elok; lebuh = jalan raya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Geneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.

Takrif

Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
lebuh (kata nama)
Bersinonim dengan jalan, jalan raya, lebuh raya.,