Kemarau ialah keadaan yang berlaku apabila purata hujan bagi sesuatu kawasan turun jauh di bawah amaun normal bagi tempoh yang lama. Anak sungai, kolam, perigi sering kali kering semasa kemarau. Bekalan air untuk kegunaan pertanian, perindustrian dan persendirian berkurangan dengan banyak. Biasanya tanah atas yang kering dan berderai terbang ditiup angin panas kering (lihat Ribut debu). Di kawasan yang tidak diairi kekurangan hujan menyebabkan tanaman ladang menjadi layu dan haiwan ternakan mati. |