Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS National Health Service) ialah sistem penjagaan kesihatan di United Kingdom (UK), yang menyediakan perkhidmatan perubatan biayaan negara kepada semua penduduknya. Negara-negara lain juga mempunyai skim perkhidmatan yang sama tetapi berbeza namanya. Perkhidmatannya yang termasuk langkah-langkah pencegahan dan terapeutik, dan perkhidmatan masyarakat bersekutu, dibayar terutamanya daripada cukai umum. Tetapi warga yang bekerja memberi sumbangan tambahan melalui skim insurans kesihatan wajib. Doktor, jururawat dengan lain-lain personel berada di bawah kontrak dengan kerajaan. NHS berserta hospital, pusat kesihatan, lain-lain kemudahan bersekutu adalah milik awam. |