Montenegro ialah salah sebuah daripada dua republik di Yugoslavia. Yang satu lagi ialah Serbia. Pada tahun 1918, Montenegro menjadi sebahagian daripada kerajaan Serb, Croat, dan Slovena yang kemudian dinamakan Yugoslavia. Pada tahun 1946, Yugoslavia disusun semula sebagai sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada enam buah republik. Di antara bulan Jun 1991 dan bulan Mac 1992, empat daripadanya, iaitu Bosnia- Herzegovina (juga dinamakan Bosnia dan Hercegovina), Croatia, Macedonia dan Slovenia mengisytiharkan kemerdekaan mereka. Pada bulan April 1992, Montenegro bersatu dengan Serbia untuk membentuk sebuah negara Yugoslavia baru yang lebih kecil. |