Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KULIT | Kulit ialah sejenis bahan yang kuat dan mudah lentur, yang diperbuat daripada kulit haiwan. Kulit lembu merupakan sumber utama kulit selain kulit rusa, kambing, babi dan biri-biri yang digunakan dengan meluas. Kulit yang istimewa diperbuat daripada kulit buaya, jerung dan ular. Proses menukar kulit haiwan menjadi barangan kulit untuk membuat objek yang berguna disebut penyamakan. | UMUM | |
KULIT BUK | Kulit buk ialah kulit kemasan seperti baldu yang diperbuat daripada kulit rusa. | UMUM | |
KULIT KRAF | Kulit kraf ialah seni membuat barangan daripada kulit untuk dijadikan perhiasan dan kegunaan lain. Kulit lembut dan bulu juga boleh digunakan. Barangan kulit yang paling popular termasuk tali pinggang, beg tangan, pelana dan kasut. Pekerja kulit kraf juga menggunakan kulit untuk mencipta perabot, barang kemas, ukiran dan perhiasan dinding. | UMUM | |
PACMEN | Pacmen ialah kulit haiwan yang disediakan sebagai permukaan untuk penulisan. Perkataan pacmen biasanya bermaksud bahan penulisan yang dibuat daripada kulit kambing, kulit biri-biri atau kulit anak lembu. Bahan seperti ini sangat tahan. Skrol pacmen masih wujud semenjak kira-kira tahun 1500 SM. | UMUM | |
KELEMUMUR | Kelemumur ialah kepingan kulit mati yang tertanggal dari kulit kepala. Kepingan ini mungkin berwarna kuning dan berminyak, atau putih dan kering. Kulit kepala biasanya akan menanggalkan sel kulit yang telah mati. Kelemumur biasanya terbentuk apabila kulit kepala menanggalkan lapisan tebal sel yang mati. Para doktor belum lagi mengetahui sepenuhnya punca sebenar keadaan ini boleh berlaku, tetapi kebanyakan daripada kita menghadapinya pada sesuatu masa. Dalam keadaaan yang tertentu, kelemumur yang sedikit boleh dihindarkan dengan kerap membasuh rambut. Kelemumur tidak akan menyebabkan kebotakan. | UMUM | |
DERMATITIS | Dermatitis ialah radang kulit yang menyebabkan gatal atau melecur. Ia menyebabkan kemerahan, bengkak, lepuh, meleleh, kulit kasar atau kulit bersisik. Ia mungkin disebabkan oleh geseran, kepanasan, kesejukan, atau sinaran matahari. Walau bagaimanapun, agen kimia adalah paling biasa menyebabkan dermatitis. | UMUM | |
KULIT KAYU KERTAS | Kulit kayu kertas ialah pokok besar di Australasia yang kulit kayunya tanggal yang kelihatan seperti kertas yang tergantung daripada batang dan dahannya. | UMUM | |
WAYANG KULIT | WAYANG KULIT, seni lakon yang menggunakan watak-watak patung yang digerak-gerakkan. Asal usul wayang kulit tidak diketahui dengan jelas. Mengikut Oto Spies, Sabri East Siya Siyavusyil dan William Ridgewary, wayang kulit berasal dari India. Berhold Lauter mencatatkan bahawa negara China merupakan tempat asal wayang kulit. Hazeu pula menjelaskan bahawa wayang kulit berasal dari Jawa kerana terdapat perkataan Jawa kuno dalam wayang kulit Purwa. Ada juga pendapat yang menjelaskan bahawa wayang kulit berasal dari India kerana wayang kulit di Asia Tenggara menceritakan tentang epik Hindu, iaitu Mahabrata dan Ramayana. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
MUHAMMAD, ELIJAH | Muhammad, Elijah (18971975) merupakan pemimpin gerakan Black Muslims di Amerika Syarikat, iaitu organisasi kulit hitam yang menggabungkan kepercayaan agama dan bantahan sosial yang kuat. Dia menggalakkan pemisahan orang kulit hitam daripada orang kulit putih dan pembentukan sebuah negeri atau wilayah kulit hitam. | UMUM | |
KULIT KAYU | Kulit kayu ialah selaput luar kebanyakan jenis pokok dan pokok renek. Ia melindungi batang, akar dan dahan daripada kecederaan, serangga, penyakit dan kehilangan air. Tisu pada kulit pokok juga membawa gula dari daun ke bahagian-bahagian lain tumbuhan. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Kulit ular dikata tebal, Tebal lagi kulit sawa; Kalau pujuk makin menyebal, Kalau dimarah baru tertawa.
Lihat selanjutnya... |
|