Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KAMUS KHUSUS | KAMUS KHUSUS, salah satu jenis kamus yang memberi sumbangan yang amat penting dalam dunia perkamusan itu sendiri. Oleh sebab konsep kamus itu mempunyai pengertian yang amat luas meliputi input linguistik seperti morfologi, sintaksis, semantik, fonologi, dan semua subdisiplin linguistik yang lain seperti leksikologi, analisis wacana, pragmatik, etimologi den sebagainya, maka potensi kamus khusus itu untuk berkembang jelas terbuka luas. Malah kamus khusus menjadi faktor yang mencorakkan kepelbagaian usaha penyusunan kamus yang menjadi agen kodifikasi bahasa yang amat berpengaruh. | BAHASA | Penerbitan |
RENJER | Renjer ialah unit khusus rejimen infantri dalam pasukan tentera Amerika Syarikat. Pasukan renjer diberi latihan yang lebih keras daripada rejimen infantri lain. Pasukan renjer ditubuhkan pada tahun 1942, semasa Perang Dunia II (19391945) di bawah pimpinan Kolonel William O. Darby. | UMUM | |
SPORA | Spora ialah struktur khusus halus yang boleh tumbuh menjadi organisma. Hampir semua jenis tumbuh-tumbuhan, termasuk jenis tertentu alga, bakteria, kulat, dan protozoa, mengeluarkan spora. Spora membantu organisma atau spesiesnya untuk hidup dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. | UMUM | |
ANTIBODI MONOKLONAL | Antibodi monoklonal ialah jenis khusus molekul protein yang dihasilkan di makmal. Antibodi yang sama dihasilkan secara semula jadi oleh sistem imun haiwan dan manusia apabila bahan seperti bakteria dan virus, menyerang badan asing. Antibodi boleh meneutralkan bahan ini dengan melekat pada antigen nya. Antibodi semula jadi dalam darah terdiri daripada campuran banyak antibodi yang bertindak balas dengan banyak antigen dan dengan itu menjadi pertahanan barisan hadapan badan terhadap penyakit. Tetapi larutan antibodi monoklonal bertindak ke atas antigen tertentu dan ia boleh dibuat dengan banyak. Ia telah menunjukkan harapan dalam penyelidikan perubatan. | UMUM | |
MUZIK KLASIK | Muzik klasik ialah muzik yang ditulis khusus untuk konsert, upacara keagamaan, dan untuk opera dan balet. Muzik klasik juga termasuk muzik bagi sekumpulan alat-alat muzik seperti orkestra simfoni untuk persembahan suara dan untuk persembahan alat muzik berserta gabungan suara. Kadangkala muzik klasik dikenali sebagai muzik seni . Kebanyakan muzik klasik lebih kompleks daripada muzik popular, yang terdiri daripada muzik country, muzik rakyat, muzik rock dan jaz. | UMUM | |
DEWAN SISWA | DEWAN SISWA, majalah bulanan khusus untuk golongan remaja dan pelajar sekolah menengah. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak Januari 1979, dengan moto Bulanan Pengetahuan dan Kreatif Siswa Menengah. Majalah ini berukuran 21 cm x 28 cm. Anggota sidang pengarang pertama majalah ini terdiri daripada M. Noor Azam sebagai ketua pengarang, Haji Ahmad Ismail (Ajikik) sebagai pengarang, Jaafar Abdul Rahim, Mohammad Bahadon dan Kamariah Yusof sebagai penolong pengarang. | SASTERA | Penerbitan |
PERISAI | Perisai ialah sejenis balutan yang digunakan khusus untuk perlindungan ketika dalam peperangan. Sejak berabad-abad lamanya, bahan seperti kulit haiwan, gangsa, dan keluli telah digunakan untuk membuat perisai. Hari ini, perisai digunakan terutamanya pada kapal, kereta kebal, dan juga kenderaan tentera yang lain. | UMUM | |
PERTANIAN ORGANIK | Pertanian organik lihat Pertanian (Kaedah menanam khusus). | UMUM | |
ÉTUDE | Étude ialah gubahan muzikal pendek yang ditulis khusus untuk membolehkan pelajar mengamalkan teknik tertentu. | UMUM | |
MUZIK ALEATORI | Muzik aleatori ialah sejenis muzik yang mempunyai bentuk khusus dalam gubahan yang tidak ditentukan oleh penggubah. Penggubah tidak akan menentukan kelangsingan nada, ritma dan warna ton. Mereka hanya mengehadkan bahan ini dan menyesuaikan sama ada dengan prosedur chance atau penghibur yang akan membuat persembahan untuk memilih dan membentuknya. | UMUM | |
|
|