Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SUKAN OLIMPIK KHAS | Sukan Olimpik Khas ialah program sepanjang tahun peringkat antarabangsa untuk latihan dan pertandingan olahraga bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya. Sukan ini mengandungi acara sukan seperti yang diadakan dalam Sukan Olimpik. Lebih daripada 150 negara mengambil bahagian dalam temasya Sukan Olimpik Khas ini. | UMUM | |
PENDIDIKAN KHAS | | UMUM | |
HAK PENGELUARAN KHAS | Hak pengeluaran khas ialah aset simpanan yang dimasukkan ke dalam buku kira-kira Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebagai kredit untuk negara-negara anggota | UMUM | |
KELAS KHAS MELAYU | KELAS KHAS MELAYU, kelas peralihan untuk pelajar Melayu dari sekolah rendah Melayu melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah beraliran Inggeris. Kelas ini bermula pada tahun 1921. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MEGAT KHAS MEGAT OMAR, DATO' SERI | MEGAT KHAS MEGAT OMAR, Dato Seri (1908-1979), tokoh politik. Dia lahir pada 1 April 1908 di Istana Talang, Kampung Talang, Kuala Kangsar, Perak. Dia berasal daripada kerabat diraja Pagarruyung, Sumatera, Indonesia dan adalah salah seorang daripada keturunan Megat Terawis, Bendahara negeri Perak yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AMBULANS | Ambulans ialah kenderaan yang direka bentuk khas untuk mengangkut orang sakit atau cedera. Kebanyakan ambulans ialah kenderaan bermotor yang dicat dengan lambang palang atau lambang khas yang lain. | UMUM | |
RAKAN MUDA | Projek khas untuk golongan muda | SUKAN | Kegiatan |
SAUNA | Sauna ialah sejenis permandian khas untuk membersihkan badan dan bersantai. Ia mengeluarkan peluh melalui kaedah wap. Perkataan sauna juga merujuk kepada bilik atau bilik mandi tempat orang mandi wap. Sauna menjadi tradisi di Finland selama lebih 1000 tahun. Di tempat-tempat lain pula, ia menjadi ciri di kebanyakan kelab kesihatan, hotel, dan tempat peranginan. | UMUM | |
KEBIARAAN | Kebiaraan ialah satu bentuk khas tentang cara hidup komuniti agama. Mereka yang mengamalkan kebiaraan mengasingkan diri daripada kehidupan biasa, jadi mereka boleh mengikut ajaran agama mereka sesempurna mungkin. | UMUM | |
MERPATI PULANG | Merpati pulang ialah merpati baka khas yang dihasilkan untuk perlumbaan dan membawa utusan. Merpati ini boleh dilatih untuk pulang ke sarangnya apabila ia dilepaskan dari tempat jauh. Keupayaannya untuk pulang telah dipertingkatkan bagi melalui pembiakan baka yang terpilih. | UMUM | |
|
|