Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KENDURI | KENDURI, jamuan makan yang lazimnya didahului dengan bacaan doa, zikir dan seumpamanya yang diadakan sempena sesuatu peristiwa, seperti perkahwinan, kelahiran, ataupun mengingati sesuatu peristiwa seperti mengingati orang yang telah meninggal, upacara maulid dan seumpamanya. Juadah yang dihidangkan itu bergantung pada jenis kenduri yang diadakan. Kenduri bersempena majlis perkahwinan, biasanya dihidangkan nasi minyak; dan kenduri sempena mengkhatankan anak biasanya pulut kuning dihidangkan menyertai hidangan nasi. | BUDAYA | Konsep |
DIKIR REBANA | DIKIR REBANA, nyanyian tradisional berunsur keagamaan yang terkenal di Pahang yang disebut juga dikir Pahang. Dikir ini dinamakan dikir rebana kerana orang yang berdikir menggunakan rebana sebagai alat pengiring. Dikir rebana dinyanyikan dalam upacara tertentu seperti perkahwinan, kenduri kesyukuran, majlis berkhatan dan perayaan maulid Nabi. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
KEMENYAN | KEMENYAN (Boswellia sacra), getah daripada sejenis pokok yang terdapat di hutan jenis tropika. Kemenyan berbentuk ketulan keras seperti batu dan biasanya digunakan dalam perasapan ketika kenduri atau untuk mengubati penyakit. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
UMBUT | UMBUT, pangkal pucuk batang pokok palma seperti pokok kelapa, pokok pinang dan enau. Umbut kelapa kerap dimasak dan disajikan sebagai lauk kenduri. Ia dibuat masak lemak atau dimasak bersama-sama tulang lembu sebagai masak lemak berempah. Umbut yang telah dimasak enak dimakan kerana ia lembut dan lemak kemanis-manisan. Umbut juga boleh dibuat kerabu bersama-sama kerisik, udang dan bawang. | BUDAYA | Makanan |
SIRAP | SIRAP, minuman yang dibuat daripada gula pasir yang dimasak dengan air, pewarna merah dan daun pandan atau pewangi air mawar. Sirap juga dipanggil serbat di utara Semenanjung Malaysia. Sirap dihidangkan pada waktu kenduri, waktu berbuka puasa dan ketika tetamu datang ke rumah. | BUDAYA | Makanan |
LEBAI | LEBAI, gelaran yang diberikan oleh masyarakat Melayu kepada orang yang alim, pandai membaca doa dalam majlis kenduri, mengetahui dan patuh kepada ajaran Islam.
| BUDAYA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
BAJU KEBAYA | BAJU KEBAYA, baju yang berlengan panjang, berpinggang dan berbelah di hadapan. Baju ini dipakai oleh wanita di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Pada asalnya baju ini direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Kini banyak perubahan yang dilakukan ke atas potongan baju tersebut. Ada yang labuhnya hingga ke paras lutut disebut kebaya labuh dan ada yang singkat ke paras punggung sahaja, disebut kebaya pendek. Meskipun begitu, kedua-duanya mempunyai ciri yang sama. Kebaya labuh lebih sesuai dipakai dalam upacara rasmi, istiadat dan majlis kenduri kahwin sahaja, sedangkan kebaya pendek dipakai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, oleh semua peringkat umur. | BUDAYA | Pakaian |
|
Puisi |
---|
|
Anak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik jadikan teladan, Segala yang buruk letak ke tepi.
Lihat selanjutnya... |
|