Kata |
Takrif |
Sumber |
doa selamat | doa kerana bersyukur kpd Tuhan atau kerana meminta berkat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
doa selamat | = ~ kesyukuran doa kerana mengucap syukur kpd Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghabisi | 1. mengakhiri, menamatkan: tuan Imam ~ upacara itu dgn doa selamat; 2. menghapuskan, menghilangkan: habisilah perasaan itu abang, jangan diperkesankan di muka orang banyak; 3. menamatkan riwayat, membunuh: seorang leftenan muda mengancam mahu ~ orang tangkapan itu; ~ nyawanya membunuh diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
acara | rancangan atau perkara yg akan dilakukan, dipertunjukkan, dibincangkan dsb dlm sesuatu perjumpaan (pertunjukan, mesyuarat dsb); agenda; program: ~ terakhir dlm majlis itu ialah membaca doa selamat. beracara memakai (mempunyai) acara; ada programnya atau ada agendanya. mengacarai mengendalikan sesuatu acara, majlis dsb dgn menjadi juruacara: Beliau berjaya ~ majlis penyampaian anugerah pd malam itu. mengacarakan menjadikan sbg (salah satu) acara; memasukkan ke dlm acara. pengacara orang yg mengacarai sesuatu acara, majlis dsb; juruacara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
acara | rancangan atau perkara yg akan dilakukan, dipertunjukkan, dibincangkan dsb dlm sesuatu perjumpaan (pertunjukan, mesyuarat dsb); agenda; program: ~ terakhir dlm majlis itu ialah membaca doa selamat. beracara memakai (mempunyai) acara; ada programnya atau ada agendanya. mengacarakan menjadikan sbg (salah satu) acara; memasukkan ke dlm acara. | Kamus Pelajar |
doa | 1 permintaan atau permohonan kpd Tuhan: ~ selamat doa kerana bersyukur kpd Tuhan atau kerana meminta berkat. 2 jampi, serapah dll. ~ pendinding doa utk menjauhkan diri drpd segala macam bahaya. ~ pengasih jampi yg membuat orang kasih kpd seseorang. berdoa bermohon kpd Tuhan; mengucapkan (menyampaikan) doa: Aku ~ kpd Tuhan supaya aku dikurniai anak lelaki. mendoakan memohon sesuatu kpd Tuhan; berdoa utk memohon sesuatu: Aku ~ keselamatanmu. Ibu ~ kejayaan anak-anaknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
doa | 1. permintaan atau permohonan kpd Tuhan: ~ selamat doa kerana bersyukur kpd Tuhan atau kerana meminta berkat. 2. jampi, serapah dll. ~ pendinding doa utk menjauhkan diri drpd segala macam bahaya. ~ pengasih jampi yg membuat orang kasih kpd seseorang. berdoa bermohon kpd Tuhan; mengucapkan (menyampaikan) doa: Aku ~ kpd Tuhan supaya aku dikurniai anak lelaki. mendoakan memohon sesuatu kpd Tuhan; berdoa utk memohon sesuatu: Aku ~ keselamatanmu. | Kamus Pelajar |
hajat | 1. keinginan, kehendak, maksud, niat, tujuan: hampalah hatinya kerana ~ tak sampai; ~ Badri hendak memperisterinya ditolaknya dgn baik; 2. keperluan, sesuatu yg diperlukan; ada ~ Jk mengadakan kenduri utk mendoakan supaya selamat; doa (sembahyang, solat) ~ doa (sembahyang) khusus kerana memohon supaya Tuhan memakbulkan sesuatu permintaan; qada ~ buang air besar; menyempurnakan (membayar, menunaikan) ~ menyampaikan niat (biasanya mengadakan kenduri); ~ seni = ~ kecil buang air kecil; berhajat 1. bermaksud, berniat (akan), mempunyai keinginan: saya ~ hendak menemui tuan; sudah lama dia ~ hendak datang; 2. = berhajatkan memerlukan: manusia selama-lamanya ~ kpd pertolongan Allah; mungkin ia ~ pertolongan kita; menghajati mengharapkan, mengingini: dia berharap apa yg dihajatinya akan berhasil; menghajatkan menghendaki, memerlukan: anak itu sudah dewasa tidak ~ perlindungan orang tuanya lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
doa | 1. permohonan (permintaan) kpd Tuhan: ~ Aini supaya Murad berbahagia dlm hidupnya; 2. kebaikan (yg dipinta) dgn restu drpd Tuhan: dia memohon ~ agar anaknya lulus dlm peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia; 3. potongan ayat terutama drpd Quran (hadis dsb) yg dibaca utk memohon sesuatu kebaikan drpd Tuhan: setiap kali selepas sembahyang, dia membaca berbagai-bagai ~; ~ arwah doa yg dibaca (sewaktu sembahyang mayat dll) utk orang Islam yg telah meninggal dunia dan ditujukan juga kpd orang-orang yg masih hidup; ~ musafir doa yg dibaca (oleh orang Islam) sewaktu dlm perjalanan supaya dijauhkan drpd sebarang kemalangan dsb; ~ panjang umur doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk memohon kpd Tuhan supaya dilanjutkan usia; ~ pendinding doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk menjauhkan diri drpd bahaya; ~ pengasih jampi utk membuat orang kasih pd kita; ~ restu doa (permintaan) yg diharapkan mendapat berkat drpd Tuhan; ~ selamat = ~ kesyukuran doa kerana mengucap syukur kpd Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat; ~ tolak bala doa yg dibaca selepas bersembahyang utk meminta kpd Tuhan supaya dijauhkan drpd sebarang bala (spt wabak penyakit dsb); berdoa, mendoa meminta (memohon) kpd Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa: bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kpd Tuhan; aku ~ semoga Tuhan mendekatkan aku kpd kebaikan dan menjauhkan aku drpd kejahatan; mendoakan memohonkan sesuatu kpd Tuhan: aku ~ semoga kau berbahagia selalu; dia sentiasa ~ keselamatan anak-anaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selamat | 1. terpelihara atau terhindar drpd bencana, terlepas drpd bahaya: tidak ~ berdiri tegak di dlm perahu yg kecil; ~ dr nahas jalan raya; 2. aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan: si kecil berasa ~ di dlm pelukan ibunya; 3. ucapan atau doa dgn harapan supaya sejahtera (terhindar drpd segala bencana, sampai hajat, dll) atau sbg tanda bersyukur: ketiga-tiga ratu itu pun me-nyuruh penggawanya membawa persembah dan memberi ~ akan baginda sesudah ber-putera; doa ~; kenduri ~; 4. harapan supaya aman sentosa (sejahtera dll) yg diucapkan sbg tegur sapa (salam): ~ datang; ~ jalan; ~ malam dll; berselamat mengucapkan kata-kata sapaan spt selamat pagi atau selamat petang kpd seseorang: tidak pernah aku ~ pagi kepada-nya; menyelamati ark mengadakan kenduri utk; menyelamatkan 1. menjauhkan bencana (bahaya dll) drpd seseorang dll, mengusahakan (melindungi dsb) supaya selamat: berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masing-masing; sangatlah sukar hendak ~ bangunan yg terbakar manakala angin yg kencang sedang bertiup-tiup; 2. menjimatkan wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dgn sia-sia: berfikirlah dahulu sebelum melaku-kan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat diselamatkan; 3. mengebumikan (mayat): mayat orang mati itu telah diselamatkan; 4. meng-adakan kenduri utk, menyelamati; terselamat terhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll), (telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia perhamba-kan diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu; selamatan kenduri utk mendapat selamat: tidak lama lagi ia akan mengadakan ~ di rumahnya; berselamatan 1. mengadakan kenduri (selamatan); 2. ark saling mengucap selamat; keselamatan perihal selamat, kesejahteraan, keamanan: saya memang selalu menjaga ~ seseorang yg berkerabat dgn saya; ~ dlm negeri; penyelamatan perbuatan (usaha dsb) menyelamatkan; penyelamat orang yg menyelamatkan: se-karang saya telah menjadi isterinya, dan ia telah mengaku akan menjadi ~ bukan perosak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
perapuian Tb | tempat membakar kemenyan ketika kenduri doa selamat. | Imam Tuk Batil tidak berlengah-lengah lagi. Dia menyeluk saku bajunya dan mengeluarkan kemenyan. Mulutnya terkumat-kamit sambil menaburkan kemenyan itu dalam perapuian. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
turun tangga MSr | istiadat membawa pengantin laki-laki turun dan naik tangga sebanyak tiga atau tujuh kali (oleh pihak pengantin perempuan). | Selawat dan doa selamat dibacakan oleh imam untuk kedua-dua mempelai. Dengan iringan pukulan hadrah, tepung tawar dilakukan. Kemudian diikuti pula dengan upacara turun tangga sebanyak tujuh kali. | Adat Resam Penduduk Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
seruk MSr | mengundang seseorang menghadiri kenduri dari rumah ke rumah (secara bersemuka), amalan ini lebih menunjukkan hubungan silaturahim yang kuat atara penduduk di sesebuah tempat. | Dan yang paling dia pasti, sama ada pengilan di rumah orang berkahwin, majlis tahlil, majlis doa selamat, niga atau nujuh orang mati, makan hol atau apa-apa sahaja, pendek cerita, seruk sahaja dia akan datang. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb mereka datang melaporkan diri di balai polis. จนถึง [-t] ดู จนกระทั ่ ง จบ 1 [cop] ลน kali: ลูกชายฉันอ ่ านบทขอพร สามจบก ่ อนจะออกจากบ ้ าน Anak lelaki saya membaca doa selamat tiga kali sebe lum keluar dari rumah. จบ 2 [cop] ก 1 tamat, berakhir: งานจบลง ด ้ วยการอ ่ านบทขอพร Majlis tamat dengan bacaan doa selamat. 2 mengakhi
|
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata doa selamat |
|
Puisi |
---|
|
Bunga kesum tebing tinggi, Nampak dari Kuala Segamat; Singgah terlangsung saya ke mari, Minta doa biar selamat.
Lihat selanjutnya... |
|