Argelander, Friedrich Wilhelm August (17991875), ahli astronomi Jerman-Finland dan profesor astronomi di Bonn, Jerman. Dia telah membuat katalog dan mencartakan lebih daripada 300 000 bintang yang terdapat di hemisfera samawi utara hingga ke magnitud kesembilan. Dia telah menubuh dan menjadikan pengajian tentang perubahan bintang sebagai satu cabang astronomi dengan mengkaji sejarah perubahan bintang- bintang dari segi kegemerlapannya. Dia lahir di Meme (kini Klaipeda), Lithuania. |