Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KELULI TAHAN KARAT | Keluli tahan karat ialah nama kumpulan keluli aloi yang tahan terhadap pengaratan dan bentuk kakisan lain. Sebagai kumpulan, keluli tahan karat kelihatan menarik dan mudah disenggara. Keluli jenis ini menunjukkan keutuhan dan kemuluran yang luar biasa dan unik dari segi ketahanan umum terhadap cuaca serta kebanyakan jenis bahan pengakis lain. Kebanyakan keluli tahan karat yang digunakan di kediaman digilap dengan baik dan kelihatan bersinar bak perak tetapi keemasan ini tidak diperlukan untuk menghalang kakisan. Keluli dengan lapisan tahan karat pula biasanya ialah keluli biasa yang disadur dengan selapisan keluli tahan karat pada satu bahagian atau kedua-dua bahagian permukaannya. | UMUM | |
KARAT | Karat ialah sukatan yang digunakan oleh tukang emas untuk menimbang batu permata. Istilah ini berasal dari perkataan Arab, carat, yang bermakna kacang atau biji. | UMUM | |
KAIN KARAT | KAIN KARAT, kain yang ditenun dengan kek atau alat tenunan. Karat dalam kelengkapan peralatan menenun ialah sejenis jentera dan kayu pemijak bagi mengangkat benang loseng dan menyilangkan benang pakan. Mengarat bermakna mengangkat setiap lembar benang loseng bagi menghasilkan satu tenunan sama ada tenunan tabi atau twil. | BUDAYA | Kraf Tangan |
TITANIUM | Titanium ialah unsur kimia dengan simbol Ti : Ia adalah logam yang ringan, berwarna kelabu perak. Nombor atomnya ialah 22, dan berat atomnya ialah 47.88. Ketumpatan titanium adalah antara ketumpatan aluminium dengan keluli tahan karat. Ia melebur pada 1667 ° C ( _ 10 ° C) dan mendidih pada 3287 ° C. Titanium tahan terhadap kakisan atau karat air laut atau udara laut dan juga sebaik platinum dan lebih baik daripada keluli tahan karat. Banyak asid dan alkali yang mengakis tidak menjejaskan titanium. | UMUM | |
NUMBAT | Numbat ialah marsupial Australia, sebesar tikus besar. Badannya mempunyai jalur berwarna yang menyerlah dan ekornya berbulu lebat. Bahagian atas numbat berwarna merah karat dan bahagian bawahnya putih. Kaki belakang ketiga disilangi oleh kira-kira enam jalur putih; satu jalur hitam terentang pada mata dari muncung ke telinga. | UMUM | |
KAIN MASTULI | KAIN MASTULI, kain tenunan Melayu yang kasar dan kuat. Penenun Kelantan menyebut kain mastuli sebagai kain karat kuping atau kain karat pat, kain buntut siput dan kain mastuli jala. Bagaimanapun di Terengganu, Pahang dan Johor, kain ini memang disebut sebagai kain mastuli. | BUDAYA | Kraf Tangan |
SAARINEN, EERO | Saarinen, Eero (19101961), arkitek Amerika yang terkenal kerana idea yang berani untuk seni arca raksasa. Pada tahun 1948, reka bentuk gerbang keluli yang tahan karat ciptaannya memenangi peraduan untuk peringatan di St. Louis, Missouri. Gerbang tersebut siap pada tahun 1965. Saarinen memperoleh pengiktirafan yang terbesar untuk bangunan kerangka keluli berbentuk kotak untuk Pusat Teknik General Motors (19451956) di Warren, Michigan. Auditorium Kresge (19531956) di Institut Teknologi Massachusetts pula ialah kubah konkrit bertetulang dengan hanya tiga tempat topangan. Sementara Terminal Sistem Penerbangan Trans World (1956 1962) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kennedy di New York menggunakan konkrit bertetulang berbentuk sayap. | UMUM | |
OKSIDA | Oksida ialah sebatian kimia yang terdiri daripada oksigen dengan beberapa unsur lain. Oksida biasanya terbentuk apabila unsur teroksida. Contohnya, pembakaran karbon yang ada dalam batu arang atau kayu mengeluarkan karbon dioksida (CO 2 ) dan karbon monoksida (CO). Pembakaran adalah pengoksidaan cepat. Karbon dioksida juga terbentuk melalui proses pengoksidaan perlahan dalam sel haiwan, dan dihembus keluar daripada paru-paru. Pengaratan besi ialah pengoksidaan perlahan. Karat mengandungi ferik oksida (Fe 2 O 3 ). | UMUM | |
AMINA | Amina ialah nama kumpulan bes organik lemah yang sama dengan ammonia dari segi strukturnya. Ahli kimia membentuk amina dengan menggantikan satu atau lebih daripada tiga atom hidrogen pada ammonia dengan mana-mana kumpulan struktur organik yang mengandungi karbon dan hidrogen. Apabila dineutralkan oleh asid, amina membentuk garam (lihat Garam; Kimia ). Amina digunakan secara komersial sebagai pelarut dan juga dalam pembuatan bahan pencuci, pencelup, racun herba, ubat, bahan pencuci filem fotograf, dan perencat karat. | UMUM | |
MUHD. MANSUR ABDULLAH | MUHD. MANSUR ABDULLAH (1945- ), penulis dan sarjana. Dia lahir pada 21 Februari 1945 di Kampung Sungai Durian, Teluk Intan, Perak. Muhd. Mansur memakai beberapa nama pena seperti M.Ashikin, Bang Seman, M.Masriah, Mak Uda dan Kak Nab untuk ruangan pojok Tanjung Oh Tanjung dalam akhbar Mingguan Timur, Paku Karat dalam akhbar Watan dan majalah Alam Wanita. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Sungai Durian dan Sekolah Umum Batak Rabit, Teluk Intan, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Anglo Chinese School dan di Goverment English Schol (Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz), Teluk Intan, sebelum terpilih meneruskan pelajarannya di Sekolah Datuk Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak. | SASTERA | Tokoh |
|
Puisi |
---|
|
Asap api jauh ke darat, Tempat orang menganyam kulit; Hina besi kerana karat, Hina dagang tidak berduit.
Lihat selanjutnya... |
|