Shackleton, Sir Ernest Henry (18741922), penjelajah Ireland yang mengetuai satu ekspedisi British dari Laut Ross dalam kawasan 180 kilometer ke kutub geografi selatan pada tahun 1908 (lihat Antartika [Penjelajahan awal]). Pada tahun 1914, dia mengetuai satu ekspedisi ke Laut Weddell. Di sana kapalnya, Endurance , karam setelah terlanggar ketulan ais. Kumpulannya menyelamatkan diri dengan menaiki bot ke Pulau Elephant. Kemudian Shackleton dan empat temannya meneruskan perjalanan ke Pulau Georgia Selatan menggunakan bot dan menyeberangi rabung pergunungan pulau itu untuk mendapatkan bantuan penyelamat. Hasilnya, seluruh pasukannya berjaya diselamatkan. Shackleton lahir di Kaunti Kildare. |