Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PIAWAI PERDAGANGAN | Piawai perdagangan memastikan perdagangan dijalankan secara jujur dan adil. Di Britain , majlis kaunti mentadbirkan jabatan piawai perdagangan, yang menguatkuasakan peraturan kerajaan pusat ke atas perundangan pengguna. Tanggungjawab jabatan ini meliputi pelbagai bidang termasuk kawalan mutu, serta timbangan dan ukuran. Jabatan ini juga menguatkuasakan Akta Perihal Perdagangan. | UMUM | |
MACAPAGAL, DIOSDADO | Macapagal, Diosdado (1910 1997), berkhidmat sebagai presiden Filipina dari tahun 1961 hingga 1965. Dia dikenali sebagai seorang pegawai yang jujur dan berhemah tinggi, yang cuba menghapuskan rasuah di negaranya. Dia juga telah berusaha memperkenalkan reformasi ekonomi serta menggubal dasar luar Filipina dengan negara-negara Asia. | UMUM | |
STEWART, JAMES | Stewart, James (19081997) ialah pelakon Amerika yang tinggi lampai dan mempunyai gaya bercakap yang lambat. Stewart telah muncul dalam lebih 70 buah filem. Dia menjadi terkenal kerana peranannya sebagai seorang rakyat Amerika kelas pertengahan yang jujur serta berani menghadapi krisis. | UMUM | |
BURKINA FASO | Burkina Faso ialah negara di barat Afrika. Ia terletak kira-kira 970 kilometer di timur Lautan Atlantik di bonggol barat Afrika. Dahulunya dikenali sebagai Upper Volta. Pada tahun 1984, kerajaan telah menukar namanya kepada Burkina Faso. Burkina ialah nama am bagi penduduk negara itu yang bermaksud orang jujur. Burkina Faso bermaksud negara orang jujur. | UMUM | |
THACKERAY, WILLIAM MAKEPEACE | Thackeray, William Makepeace (18111863), salah seorang penulis novel agung Inggeris Zaman Victoria . Novelnya Vanity Fair merupakan salah sebuah novel yang terbaik dalam kesusasteraan Inggeris. Thackeray menulis dengan gaya yang menarik dan bersemangat, kosa kata yang mudah dan struktur ayat yang jelas. Ciri-ciri ini, digabungkan dengan pandangan hidupnya yang jujur, memberikannya kedudukan yang penting dalam sejarah kesusasteraan realistik. | UMUM | |
MUHAMMAD IBN KA'B AL-QARAZIY | Muhammad ibn Kab al-Qaraziy (40 H.120 H./ 661 M.737 M.), salah seorang pemerintah Bani Awsa. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Kab ibn Salim al-Qaraziy al-Madaniy. Bapanya menjadi tawanan Bani Qurayzah. Muhammad menetap di Kufah dan selepas itu menjadi penduduk Madinah. Dia merupakan pemimpin yang alim, jujur, ahli hadith dan ahli tafsir yang amat dipercayai. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| jujur (adjektif) | Bersinonim dengan lurus hati, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, suci hati, putih hati, benar, boleh dipercayai, mukhlis, sadiq, mustakim;, | | Kata Terbitan : kejujuran, |
|
Puisi |
---|
|
Buah nangka di tepi tebat, Buah duku disangka jering; Disangka jujur hati sahabat, Rupanya menikam kawan seiring.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 6 The apple never falls far from the tree Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya. Bagaimana acuan begitulah kuihnya Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful. Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|