Tali pusat ialah satu struktur berupa tali yang menghubungkan janin (bayi yang belum dilahirkan) kepada plasenta (uri). Tali pusat mengandungi dua arteri dan satu vena. Arteri membawa darah yang mengandungi hasil sisa daripada janin ke plasenta. Vena pula membawa darah yang mengandungi oksigen dan bahan makanan daripada darah ibu kepada janin. Apabila bayi itu dilahirkan, doktor akan memotong tali pusat kira-kira 5 sentimeter daripada abdomen bayi, dengan berhati-hati. |