Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SURAH AL-FIL | Surah al-Fil ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-105 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lima ayat. Surah ini dinamakan al-Fil (gajah) kerana inti pati perbincangan utama dalam surah ini adalah berkaitan dengan gajah yang digunakan untuk meruntuhkan Kaabah. | UMUM | |
LIMAPULUH KOTO | LIMAPULUH KOTO, salah satu daerah inti kebudayaan Minangkabau atau disebut juga Luak nan Tigo iaitu Agam di sekitar kota Bukittinggi, Tanah Datar di sekitar kota Batu Sangkar dan Limapuluh Koto di sekitar kota Payahkumbuh. Pada masa pemerintahan Belanda, Luak nan Tigo, termasuk Limapuluh Koto disebut padangsche bovenlanden, iaitu daerah yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Sebagai daerah inti kebudayaan Minangkabau, penduduk Limapuluh Koto mengamalkan sistem adat Koto Piliang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SURAH AL-ASR | Surah al-Asr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-103 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tiga ayat. Surah ini dinamakan al-Asr (masa) kerana pada awal surah ini Allah taala bersumpah dengan masa. Surah al-Asr sangat ringkas dan terang. Inti sari kandungannya menerangkan sebab kebahagiaan dan kecelakaan manusia, kejayaan dan kerugian atau kehancuran dalam hidupnya semasa di dunia. | UMUM | |
DAULAT | DAULAT, kuasa, kerajaan, empayar, dinasti yang memerintah, pemerintahan negara atau negeri. Daulat berasal daripada kata Arab, daulatun. Dalam konteks kerajaan, daulat menjadi inti kepada hak individu dan kelompok untuk membolehkan mereka melaksanakan kuasa dan wibawa untuk memerintah. Apabila dihubungkan dengan politik pemerintahan, daulat menjadi unsur pengiktirafan secara lisan, kepercayaan atau tulisan (piagam atau perlembagaan) kepada individu atau kelompok bagi melaksanakan atau menegaskan kuasa atau wibawa terhadap anggota masyarakat sesebuah negeri atau negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
CERITA PANJI | CERITA PANJI, cerita roman atau pengembaraan yang berasal dari Jawa. Inti cerita panji berpusat pada dua buah kerajaan Jawa kuno iaitu Kuripan dan Daha dengan watak utamanya Raden Inu Kertapati dan Raden Galuh Cendera Kirana. Cerita ini lahir pada Zaman Jawa Tengahan, iaitu pada zaman kegemilangan dan kemerosotan kerajaan Majapahit di Jawa Timur. Meskipun terdapat cerita panji Melayu, Siam dan Kemboja, tetapi perbezaannya terletak hanya pada bahasanya, sedangkan ceritanya hampir tidak berbeza daripada cerita panji Jawa. | SASTERA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| inti (kata nama) | Bersinonim dengan isi, ramuan., | |
|
Puisi |
---|
|
Kelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti.
Lihat selanjutnya... |
|