Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisang kelat masak inti, Jatuh ke tanah makan semut; Tidur sekejap masuk mimpi, Mimpi bertukar kain selimut.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Indung kunyit pemanggang ayam, Ketupat nasi berisi inti; Dunia senget alam tenggelam, Belum dapat jangan berhenti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tinggi bukit gunung mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat jangan berhenti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Kasih sayang sampai ke mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur gading puncak mahligai, Ketupat manis berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Sudah dapat baru berhenti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau menggulung kuih sagu, Jangan lupa menaruh inti; Orang termenung menupang dagu, Itulah tanda kecewa di hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau menggulung kuih sagu, Jangan lupa menaruh inti; Orang termenung menupang dagu, Itulah tanda kecewa di hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur gading di laman belas, Buat ketupat berisi inti; Hancur daging tulang kukilas, Sudah dapat baru berhenti.
1
Tesaurus
 
inti (kata nama)
Bersinonim dengan isi, ramuan.,

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.



Lihat selanjutnya...