| Punca dalam matematik, bermakna kuantiti yang menghasilkan kuantiti yang khusus apabila punca itu diambil sebagai faktor untuk beberapa kali yang telah ditetapkan (lihat Faktor ). Berapa kali punca itu diambil sebagai faktor dikenali sebagai  indeks  . Punca dinamakan daripada indeks- indeksnya. Oleh itu, punca empat bagi 81 ialah 3, kerana 3 X 3 X 3 X 3 = 81. Punca yang mempunyai indeks 2 dan indeks 3 juga dikenali sebagai punca  kuasa dua  dan  punca kuasa tiga  . Punca yang positif bagi nombor positif  p  ditunjuk dengan  n  √p.  Oleh itu, 4  √  18 = 3  .  Simbol  √   itu dikenali sebagai  tanda   radikal  . Apabila indeks tidak ditunjuk, maka indeksnya ialah 2. |