Kata |
Takrif |
Sumber |
tunjuk | ; ~ ajar segala macam nasihat dan ajaran. ~ muka hadir di sesuatu majlis sekejap saja. ~ perasaan perbuatan menyatakan pendapat dgn mengadakan perarakan, rapat umum dll; demonstrasi. bertunjuk-tunjukan 1 saling memperlihatkan diri. 2 saling mengacukan jari kpd satu sama lain. menunjuk 1 mengarahkan jari telunjuk ke: Jarinya ~ ke bangunan parlimen. 2 memberitahu dgn mengarahkan sesuatu ke: Jarum pendek dan jarum panjang ~ ke angka dua belas. 3 mengemukakan atau menyatakan sesuatu) sbg alasan; mengingatkan (sesuatu) dgn bukti; merujuk: Ia ~ Fasal 35 sbg dasar tindakannya itu. 4 menentukan sesiapa yg diberi tugas, dipilih, diangkat dsb: Perdana Menteri telah ~ dua orang sbg wakilnya. menunjuk-nunjuk suka memperlihatkan kelebihan diri sendiri. menunjuki memberitahu seseorang cara melakukan sesuatu; menasihati: Ali ~ adiknya cara membuat hitungan itu. menunjukkan 1 memperlihatkan sesuatu kpd: Ia ~ baju jahitannya kpd emaknya. 2 menunjuk dgn; menggunakan sesuatu utk menunjuk. 3 memberikan keterangan atau penjelasan: Ia ~ cara membuat gubahan itu. 4 menyatakan; menandakan: Kesalahannya menjawab soalan-soalan itu ~ bahawa ia tidak membaca buku di rumah. 5 memberitahukan tempat letaknya atau arah sesuatu: Polis itu ~ jalan ke pejabat pos. mempertunjukkan 1 menjadikan sesuatu (spt wayang, lakonan, tarian) dpt ditunjukkan: Rombongan itu akan ~ beberapa tarian daerah. 2 memperlihatkan barang-barang; mempamerkan: Mereka telah ~ barang-barang buatan tempatan. pertunjukan 1 sesuatu spt wayang, sandiwara yg dipertunjukkan atau yg dipertontonkan: ~ wayang itu habis pd pukul 10.00 malam. 2 benda-benda yg diperlihatkan. 3 pameran: ~ buku diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. penunjukan perbuatan (hal dsb) menunjuk atau menunjukkan. petunjuk 1 tanda atau isyarat yg memberitahukan sesuatu: Semua pemandu mesti patuh pd ~-~ jalan raya. 2 ajaran atau nasihat: ~ guru itu jangan disia-siakan. 3 sesuatu yg menjadi panduan utk melakukan sesuatu; rujukan: Buku ini menjadi ~ kpd penuntut-penuntut. penunjuk 1 alat yg digunakan utk menunjuk atau menunjukkan: jarum ~ kelajuan. 2 orang yg menunjuk atau menunjukkan. ~ jalan a. orang yg menunjukkan jalan; mualim. b. tanda panah utk menunjukkan jalan. ~ perasaan orang yg mengadakan tunjuk perasaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tunjuk; ~ ajar | 2 memberitahu dgn mengarahkan sesuatu ke: Jarum pendek dan jarum panjang ~ ke angka dua belas. | Kamus Pelajar |
Kamus Sains.indb separa jumlah awan), atau oleh kesemua jenis awan (keseluruhan jumlah awan). Dalam kedua-dua keadaan tersebut, anggaran dibuat berdasarkan okta (kela - pan) terdekat dan dilaporkan pada skala anggaran kelapan terdekat. Angka 0 pada skala tersebut menunjukkan keseluruhan langit terang dan angka 8 menunjukkan keseluruhan langit berawan. (HID) cloud bar (beting awan) Gerombongan awan tebal yang muncul di ufuk semasa kedatangan siklon tropika yang kencang. Istilah ini juga digunakan untuk sebarang jaluran
|
Kamus Thai 2.indb hujan, air pun berlinang di jalan. นองเลือด [-lat] ว tumpah darah: เหตุการณ ์ นองเลือดนั ้ นเกิดขึ ้ นในวันที่ สามของ การประท ้ วง Peristiwa tumpah darah itu berlaku pada hari ketiga tunjuk perasaan. น ่ อง [n] น 1 (คน) betis 2 (ไก่) paha น ้ อง [n:] น adik น ้ องเขย [-k:y] น adik ipar lelaki น อมไม ่ มี มนุษยธรรม Tidak ada perikemanu- siaan dalam setiap peperangan. มนุษยศาสตร ์ [-sayasa:t] น ilmu kemanusiaan มนุษยสัมพันธ ์ [-sayasampan] น hubungan kemanusiaan มนุษย ์ อวกาศ [-awaka:t] น angka- sawan มโนกรรม [mano:kam] น pemikiran มโนภาพ [mano:pa:p] น gambaran dalam fikiran, imaginasi มโนราห ์ [mano:ra:] น menora มโนสาเร ่ [mano:sare:] น remeh- temeh: คดีมโนสาเร ่
|
Kamus Thai 2.indb pernyataan jasa si mati คำศ ั พท ์ [-sap] น kosa kata คำสนทนา [-sontana:] น perbualan คำสรรเสริญ [-sans:n] น puji-pujian คำสั่ง [-sa] น arahan คำสั่งสอน [-sas:n] น tunjuk ajar คำสั ่ งเส ี ย [-sasi :a] น wasiat คำสาบาน [-sa:ba:n] น lafaz sumpah: เขากล ่ าวคำสาบานต ่ อหน ้ าผู ้ พิพากษา Dia mengikrarkan lafaz kesejukan. คูณ [ku:n] ก mendarab, mendarabkan: น ั กเรียนช ั ้ นประถมปีที่ 3 กำล ั งคูณเลข 2 ด ้ วย 5 Murid-murid darjah tiga sedang men- darab angka 2 dengan angka 5. คูปอง [ku:p:] น kupon เค ้ ก [ke:k] น kek เค ้ น [ke:n] ก memisit: ตำรวจเค ้ นชายคนน ั ้น เพื่ |
|
|