Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SIROSIS | Sirosis ialah keadaan hati apabila tisu parut terbentuk di seluruh organnya. Kumpulan sel yang dikenali sebagai nodul tumbuh semula, yang dikelilingi oleh kepingan parut tisu, menggantikan tisu mampung yang normal pada hati. Hati yang berpenyakit mungkin tidak boleh melakukan fungsi penting seperti membuat protein dan membuang bahan berbahaya dari darah. Tisu yang terjejas boleh menyekat aliran darah, menyebabkan tekanan tinggi dalam pembuluh darah yang menuju ke hati. Oleh itu, perdarahan dalaman mungkin berlaku. Sekatan aliran darah juga boleh menyebabkan pengumpulan bendalir dalam abdomen. | UMUM | |
HATI | | UMUM | |
PERASAAN HATI | Perasaan hati merupakan keadaan fikiran atau pandangan hidup seseorang. Perasaan hati seseorang boleh berubah dari hari ke hari, atau kadangkala, dari waktu ke waktu. | UMUM | |
PEDIH HULU HATI | | UMUM | |
NYANYIAN KANAK-KANAK | Nyanyian kanak-kanak ialah puisi kanak-kanak yang beritma serta bertujuan untuk menghiburkan hati kanak-kanak. Puisi-puisi ini, yang merupakan satu bentuk kesusasteraan rakyat, menarik hati kanak- kanak kerana rima dan bunyinya yang menawan serta ritmanya yang mantap. Kanak-kanak biasanya mengikut rentak ritma perkataan-perkataan dengan bertepuk tangan atau menggerakkan badan ke hadapan dan ke belakang. | UMUM | |
DEMAM KUNING | Demam kuning ialah penyakit virus yang dibawa oleh nyamuk tertentu. Virus ini merosakkan banyak tisu badan, khususnya hati dan ginjal. Akibat kerosakan ini, pembuangan air kencing berkurangan, hati tidak dapat berfungsi dengan baik dan pigmen hempedu kuning berkumpul dalam kulit. | UMUM | |
PERANG RUSIA-JEPUN | Perang Rusia-Jepun menaikkan taraf Jepun sebagai kuasa utama dunia. Kekalahan Rusia dalam peperangan ini meningkatkan perasaan tidak puas hati penduduknya terhadap kerajaan yang dicemari rasuah dan pentadbiran yang teruk. Ketidakpuasan hati ini mencetuskan Revolusi Rusia pada tahun 1905. Perang Rusia-Jepun bermula pada 8 Februari 1904 apabila Jepun menyerang Lüshun (juga dikenali sebagai Port Arthur) di Manchuria. Perang ini tamat pada 5 September 1905 dengan Perjanjian Portsmouth ditandatangani. | UMUM | |
NEREUS | Nereus ialah dewa laut yang tua dan baik hati dalam mitos Yunani. Penyair Homer dan Hesiod memanggilnya Orang Tua Laut. | UMUM | |
MINOT, GEORGE RICHARDS | Minot, George Richards (18851950), doktor Amerika yang sangat terkenal di dunia dalam bidang penyakit darah. Pada tahun 1926, dia memperkenalkan rawatan hati kepada pesakit anemia pernisius. Kajiannya menunjukkan bahawa apabila seseorang pesakit dirawat dengan memberinya diet yang mengandungi banyak hati, anemia akan hilang. Penemuannya ini telah memberi peluang kepada pesakit anemia untuk sembuh. | UMUM | |
SURAH YASIN | Surah Yasin ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-36 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 83 ayat. Surah ini dinamakan Yasin kerana Allah S.W.T. telah memulakan surah yang mulia ini dengan huruf tersebut. Permulaan dengan dua huruf ini juga menjadi tanda kemukjizatan al-Quran al-Karim. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ketika menyatakan kelebihan surah ini di dalam hadithnya yang bermaksud: Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah surah Yasin . Oleh itu, aku suka sekiranya ia berada dalam hati tiap-tiap insan di kalangan umatku. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| hati (kata nama) | Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;, | | Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati, |
|
Puisi |
---|
|
Hati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit.
Lihat selanjutnya... |
|