Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MAHOGANI | Mahogani sering dikenali sebagai kayu kabinet yang terbaik di dunia kerana ia mempunyai kebanyakan sifat yang diperlukan untuk membuat perabot. Kayu ini kuat, cukup keras, dan tahan sebagai perabot, tetapi cukup mudah untuk digergaji atau diketam, dan diukir. Mahogani tidak mengecut, mengembang, atau meleding seperti kebanyakan kayu lain yang sama kerasnya. Kayunya mempunyai warna dan ira yang menarik, dan berkilat. | UMUM | |
ANTISEPTIK | Antiseptik adalah bahan yang memusnahkan atau memberhentikan pertumbuhan kuman pada tisu hidup. Antiseptik disapu pada kulit dan membran mukus untuk membantu menghalang jangkitan. Antiseptik mestilah cukup kuat untuk melawan kuman tetapi cukup lembut supaya tidak merengsakan tisu yang sensitif. Antiseptik berbeza daripada disinfektan dan antibiotik. Disinfektan ialah bahan kimia yang memusnahkan kuman yang terdapat pada objek tak hidup, manakala antibiotik adalah dadah yang merawat infeksi yang telah berlaku. | UMUM | |
ANOKSIA | Anoksia ialah kekurangan bekalan normal oksigen kepada tisu badan, atau ketakupayaan tisu menggunakan oksigen. Ia juga dinamakan hipoksia . Anoksia anoksik berlaku apabila darah yang mengalir menerusi paru-paru tidak membawa cukup oksigen. Ini boleh berlaku apabila tidak cukup oksigen di udara, seperti, pada ketinggian 3000 meter ke atas. Darah juga boleh gagal membawa cukup oksigen oleh sebab kecacatan paru-paru atau oleh sebab halangan dalam saluran udara yang terlibat semasa bernafas. Pernafasan yang cepat dan panjang adalah gejala biasa anoksia anoksik. Keadaan ini biasanya disertai oleh sianosis , pewarnaan kebiru-biruan pada kulit. Kes yang teruk boleh menyebabkan pitam, malah kematian. | UMUM | |
TANAH JERLUS | Longgokan pasir di permukaan bumi yang tidak mempunyai cukup kekuatan untuk menanggung beban di atasnya. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
ANGINA PEKTORIS | Angina pektoris ialah sakit dada yang berlaku jika jantung tidak menerima cukup oksigen. | UMUM | |
ABDULLAH HUSSAIN, DATO | Abdullah Hussain, Dato' (1920 ), Sasterawan Negara yang kelapan. Sumbangannya yang cukup penting dalam kesusasteraan Melayu adalah dalam bidang cerpen dan novel. Di samping itu, dia pernah menghasilkan puisi, novel dan cerpen asing. | UMUM | |
KOLAM | Kolam ialah kumpulan air yang kecil, tenang yang biasanya cukup cetek bagi cahaya matahari sampai ke dasarnya. | UMUM | |
QANAAH | sifat berpada-pada iaitu berpuas hati atau reda dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki, yang dapat memenuhi keperluan hidupnya sama ada dari segi makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain | AGAMA | Konsep |
SOSIOLOGI | Sosiologi ialah satu kajian tentang individu, kumpulan, dan institusi yang membentuk masyarakat manusia. Bidang sosiologi meliputi lapangan yang cukup luas, termasuk setiap aspek tentang keadaan sosial manusia. Ahli sosiologi meneliti dan merekod bagaimana manusia berhubung sesama mereka dan dengan persekitaran mereka. Mereka juga mengkaji pembentukan kumpulan; sebab-sebab pelbagai bentuk tingkah laku sosial; dan peranan sekolah institusi dan lain yang wujud di kalangan masyarakat. Sosiologi ialah salah satu bidang sains sosial dan amat rapat hubungannya dengan antropologi, psikologi, dan sains sosial yang lain. | UMUM | |
SKURVI | Skurvi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan asid askorbik (vitamin C) dalam diet. Jika seseorang tidak mendapat cukup vitamin C, sebarang luka yang dialaminya sukar sembuh dan mudah mengalami lebam. Dinding kapilari (saluran darah yang kecil) pesakit menjadi sangat lemah dan sekiranya terjadi sedikit tekanan sahaja boleh menyebab saluran darah tersebut pecah. Mulut dan gusi pesakit menjadi sakit. Gusi berdarah dan gigi menjadi longgar. Pesakit kehilangan selera makan, sendi mereka menjadi sakit, dan gelisah. Anemia juga boleh berlaku. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cukup |
|
Puisi |
---|
|
Cukup panjang tali timba, Susah diukur susah didepa; Ulat bergulung di hutan rimba, Rezeki nak putus dari saya.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 248 Half an egg is better than an empty shell Lebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung. Asal ada kecil pun pada We were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but half an egg is better than an empty shell. Yesterday, we didn't have any food at all. Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|