Aspen ialah nama tiga spesies pokok poplar saiz sederhana yang terdapat di Hemisfera Utara. Aspen mempunyai kulit yang licin, berwarna cerah dan mempunyai daun yang mungkin berbentuk tiga segi, berbentuk hati atau bulat. Daunnya mempunyai tangkai yang panjang, leper dan bergetar-getar atau berayun-ayun apabila ditiup bayu lembut. Pada musim gugur, daun aspen berubah menjadi kuning garang. |