Stim ialah air yang telah bertukar menjadi gas. Pada tekanan atmosfera normal, ia berlaku pada 100ºC, iaitu takat didih air. Stim adalah tidak berwarna dan lut sinar. Wap putih yang sering kelihatan pada muncung cerek, pada geiser, dan pada gas putih yang keluar daripada serombong kilang adalah sebenarnya bukan stim, Tetapi ia terdiri daripada titisan halus cecair air. Ia terbentuk semasa stim yang tidak dapat dilihat menyejuk. Stim pada suhu yang lebih tinggi lagi daripada takat didih dikenali sebagai stim panas lampau. |