Zink, unsur kimia dengan simbol Zn, ialah logam berkilat berwarna putih kebiruan. Logam ini penting dalam industri. Zink boleh dijadikan pelbagai bentuk dengan kaedah kerja logam biasa. Logam seperti besi dan keluli boleh digalvani iaitu, disalut dengan zink untuk mencegahnya daripada berkarat. Logam bergalvani digunakan untuk membuat talang bumbung, lapik tangki. |