Osteologi ialah sains yang berkaitan dengan struktur dan fungsi tulang. Ahli osteologi mengkaji tulang manusia dan haiwan. Mereka boleh menentukan saiz dan tabiat hidup haiwan prasejarah melalui tulangnya. Mereka juga boleh menyatakan umur, jantina, ketinggian dan berat manusia atau haiwan daripada tulangnya. Osteologi juga termasuk kajian tentang gangguan tulang dan penyakit tulang. Lihat juga Tulang. |