Selofan ialah bahan sintetik yang nipis, fleksibel. Ia dibuat daripada selulosa, iaitu bahan dalam dinding sel tumbuhan. Kebanyakan selofan disaluti bahan kimia khas untuk menjadikannya kalis udara dan tahan lembapan. Bahan kimia ini juga menjadikan selofan terkedap haba iaitu ia membolehkan selofan terkedap sendiri dan terkedap pada bahan- bahan tertentu dengan menggunakan haba dan tekanan. |