SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNampak beting jauhnya pelik, Nampak perahu pergi balik; Sungguh biring jatuh tergolek, Undur-undur dia terkam balik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTajam senjata musuh pun undur, Mengertak masuk seperti kuda; Pejamkan mata tak mahu tidur, Rupanya tuan datang menggoda. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTirai berombak-ombak, Bantal bertekat di tepi dinding; Biar undur hendak berkuak, Pengantin nak masuk bersanding. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak atap disusun jangan, Buluh muda sedang mengkawan; Sudah minta undur jangan, Badan muda sedang melawan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak atap disusun jangan, Buluh muda sedang mengkawan; Sudah didekat undur jangan, Orang muda segan melawan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tak beli jangan dibelek, Kata orang bijak cerdik; Kalau dah undur terkam balik, Itu tanda umur nak pendek. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBatu Pahat Sungai Kundur, Tempat tumbuh paku dulang; Kalau jahat baiklah undur, Jangan menyakit hati orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDayang molek menggoreng telur, Sudah digoreng dalam kuali; Jika malu jangan undur, Saya tidak mungkir janji. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKata tuan gula kundur, Tumpah tanah di atas papan; Lepas lari jangan undur, Tumpah darah di hadapan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Ali membelah kundur, Kundur terletak atas papan; Apa jadi saya tak undur, Tumpah darah atas papan. |
|
Puisi |
---|
|
Tajam senjata musuh pun undur, Mengertak masuk seperti kuda; Pejamkan mata tak mahu tidur, Rupanya tuan datang menggoda.
Lihat selanjutnya... |
|