SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak bulan antara bulan, Tidak sama bulan puasa; Banyak Tuhan antara Tuhan, Tidak sama Tuhan Yang Esa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak duri perkara duri, Tidak sama duri mengkuang; Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak udang, udang juga, Tidak sama anak tenggiri; Anak orang orang juga, Tidak sama anak sendiri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua tiga kucing berlari, Tidak sama kucing belang; Sudah lama adik mencari, Tidak sama abang seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa diharap padi rendang, Daun berombak ditiup bayu; Apa diharap budinya orang, Tidak sama budinya ibu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang emas jangan ditebang, Batang lain banyak lagi; Hujan emas negeri orang, Tidak sama negeri sendiri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMembawa pinang dalam raga, Berjalan malam membawa udang; Gadis seorang bimbang dijaga, Tidak sama kerbau sekandang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari panas bulan puasa, Jemur padi tengah halaman; Dapat emas bantal suasa, Tidak sama tidur di lengan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRibut turun bersama angin, Kapal belayar menuju seberang; Sudah kucuba kawan yang lain, Tidak sama sahabat seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua tiga kelapa bali, Papan di Jawa saya tarikkan; Dua tiga boleh dicari, Tidak sama semacam tuan. |
|
Puisi |
---|
|
Banyak duri perkara duri, Tidak sama duri mengkuang; Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang.
Lihat selanjutnya... |
|