SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal besar dua pemeluk, Ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Manakan dapat bunga yang elok. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBesar kayu dua pemeluk, Hendak ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Mana mendapat bunga yang elok. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke hutan memburu babi, Babi seekor taringnya panjang; Tidak salah lagakkan diri, Asal tidak menghina orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPasir putih pasirnya panjang, Boleh tidak tumpang berhenti; Adik putih lehernya jenjang, Boleh tidak kutumpang mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna berambut panjang, Kalaulah tidak disisir rapi; Apa guna berkasih sayang, Kalaulah tidak sepenuh hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati; Apa guna untungnya abang, Adik tidak berguna lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSisirlah sisir rambut panjang, Lepas disisir disolek bunga; Fikirlah fikir sepanjang-panjang, Datang hujan tidak berguna. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya malas berkepuk ladang, Kepuk tidak berisi padi; Saya malas berambut panjang, Sebab tidak berani mati. |
|
Puisi |
---|
|
Besar kayu dua pemeluk, Hendak ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Mana mendapat bunga yang elok.
Lihat selanjutnya... |
|