SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTidak boleh dibenang-benang, Anak Lingga mabuk pinang; Tidak boleh dikenang-kenang, Air mata jatuh berlinang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTidak boleh saya nak banang, Dua tiga burung merpati; Tidak boleh saya mengenang, Kalau mengenang hancur hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPasir putih pasirnya panjang, Boleh tidak tumpang berhenti; Adik putih lehernya jenjang, Boleh tidak kutumpang mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMasak sudah asam paya, Tidak boleh dijolok lagi; Rosak sudah badan saya, Tidak boleh dipujuk lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiItu budak dua kelasi, Boleh tidak belayar kapal; Itu kain dua serasi, Boleh tidak bertukar pakai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil pisau pengait sirih, Sirih ada di tengah laman; Jangan sesal tidak boleh, Kerana tidak ada pertemuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisi5Lancang kuning lancang pusaka, Lancang tidak boleh berganti; Biar kering laut Melaka, Saya tidak mungkir janji. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTidak ditoleh si kuda belang, Akar lana melilit pongsu; Tidak boleh muda dok cadang, Angkat cerana mengadap guru. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah tepi padang, Boleh tidak menggantung kelambu; Dari sana sudahlah dagang, Pada siapa saya nak mengadu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSedikit minta sedikit, Tidak boleh dikasi banyak; Ada rumah di kaki bukit, Berhibur hati orang banyak. |
|
Puisi |
---|
|
Tidak boleh saya nak banang, Dua tiga burung merpati; Tidak boleh saya mengenang, Kalau mengenang hancur hati.
Lihat selanjutnya... |
|