SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPandan berbunga pandan, Pandan berlipat tidak berisi; Harum juga bunga pandan, Harum di tangan kami tangisi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna kepuk di ladang, Jikalau tidak berisi padi; Kusangka panas sampai ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya malas berkepuk ladang, Kepuk tidak berisi padi; Saya malas berambut panjang, Sebab tidak berani mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApi dalam gelas, Sayang selasih berisi minyak; Budi bertiga tidak terbalas, Terima kasih banyak-banyak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan berisi bunga, Itu bernama bunga cempaka; Kalau tidak dengan bencana, Habis kuharu orang di kota. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIsi mengisi dalam celepa, Hendak berisi haruman padi; Kalau sekali tidak mengapa, Jangan sahaja mendua kali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPakailah kasut jalan ke pasir, Lokan berisi di dalam puan; Rambut kusut tidak tersisir, Dendam rindu denganmu tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGemai ini gemai Cik Munah, Dalam berisi lada muda; Zaman ini zaman si tuah, Kalau mati pun tidak berdosa. |
|
Puisi |
---|
|
Apa guna kepuk di ladang, Jikalau tidak berisi padi; Kusangka panas sampai ke petang, Rupanya hujan di tengah hari.
Lihat selanjutnya... |
|