SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunyi guruh bandar Rani, Selasih di dalam puan; Saya nak nyuruh tidak berani, Hati berani kepada tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBasikal Jepun basikal joli, Dibawa di simpang tiga; Hendak mengikut tidak berani, Takut ditinggal tengah jeraya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApalah guna pakai kasut, Duri apa lekat di kaki; Apalah guna ilmu dituntut, Jika tidak berani mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRaja Brooke hilir belayar, Memberi tabik gudang kompeni; Kepala tunduk menahan sabar, Hendak bercakap tidak berani. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak itik bulu lentik, Hendak mandi kolam terani; Tengok bunga setangkai cantik, Hendak memetik tidak berani. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal sudah pergi belayar, Membeli padi gudang kompani; Bukanlah tunduk menahan sabar, Akan ku berkata tidak berani. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati; Apa guna untungnya abang, Adik tidak berguna lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJika tidak benih tumbuh, Jangan dicabut selasih dulang; Kalau tidak berani sungguh, Jangan direbut kekasih orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan mari pebadik tumbuh, Tidak mencabut selasih dulang; Kalau tidak berani sungguh, Jangan merebut kekasih orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya malas berkepuk ladang, Kepuk tidak berisi padi; Saya malas berambut panjang, Sebab tidak berani mati. |
|
Puisi |
---|
|
Basikal Jepun basikal joli, Dibawa di simpang tiga; Hendak mengikut tidak berani, Takut ditinggal tengah jeraya.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 490 Do right and fear no man Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran Berani kerana benar, takut kerana salah I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God. Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|