SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMengkarak airnya biru, Hanyut pasung bertari-tari; Kalau hendak tidak begitu, Cubalah langsung barang sekali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMengkarak airnya beku, Anak pasung saya tekankan; Kalau hendak tidak begitu, Kalau lambat saya pesankan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOranglah Acheh keratlah kuku, Kerat-kerat luka jarinya; Oranglah berkasih tidak begitu, Taruh terikat di dalam hatinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTeluk Korban berliku-liku, Jemur kain di atas peti; Janji kita tidak begitu, Kain buruk sama dipakai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCelagi manis celagi masam, Buah kelapa atas pintu; Sekali manis sekali masam, Zaman sekarang tidak begitu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNak bah rupanya hari, Anak dara di muka pintu; Sangat berubah rupanya diri, Telah sekala tidak begitu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAda rumah tidak berpintu, Ada pintu tidak bertingkap; Rimau garang memang begitu, Mengaum saja tidak menangkap. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTelaga batu di Batu Pahat, Dipahat Siam hendak ke Melaka; Kalau begitu membuat jahat, Tidak diam badan celaka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSagu ladang makan dek kuda, Anak udang balik batu; Tidak padan dengan kita, Apa abang kata begitu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKereta kuda kereta pedati, Mari dinaik Raja Dang Ratu; Sungguh adik tidak mengerti, Apalah maksud kata begitu. |
|
Puisi |
---|
|
Mengkarak airnya beku, Anak pasung saya tekankan; Kalau hendak tidak begitu, Kalau lambat saya pesankan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 81 Don't cast your pearls before swine Tidak ada gunanya memberikan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak tahu menghargainya. Intan dikalungkan di leher anjing I know you are rich but it is pointless to give her such a priceless gift because she is incapable of appreciating it. So don't cast your pearls before swine and do not waste your money. Saya tahu awak kaya tetapi tidak ada gunanya awak menghadiahkan barang yang begitu mahal kerana dia tidak pandai menghargainya. Jadi janganlah diibaratkan intan dikalungkan di leher anjing dan jangan bazirkan wang awak. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|