SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNegeri Perlis bandaraya Kangar, Pasar jaja ikan pelotan; Dinda tak nampak tetapi dengar, Tentu sahaja kerja syaitan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Hitam orang Bangkahulu, Datang ke sini menjaja kain; Hitam rambut sama berbulu, Tetapi hati lain-lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMakan sirih bercabik-cabik, Makan secabik layang ke laman; Bukannya pilih cantik molek, Tetapi di hati sudah berkenan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMakan sirih secabik-cabik, Makan secabik campak ke laman; Bukan kupilih orang yang cantik, Tetapi rasa tidak berkenan. |
|
Puisi |
---|
|
Tak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam.
Lihat selanjutnya... |
|