SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKuda jahat selalu meragam, Makin diajar bertambah pandai; Bulan terbit terangkan alam, Bintang timur terangkan pantai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Beaufort pergilah Lumadan, Selalu ingin berlari-lari; Kalau terluput nyawalah di badan, Barulah boleh adik mengganti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNampak perahu terapung-apung, Cik Rasib tukang kemudi; Jangan selalu harapkan untung, Kalau tak nasib mana nak jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGunung Saga Gunung Banang, Bukit Pengaram kelihatan indah; Bila terjaga selalu terkenang, Hati di dalam semakin gundah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari hulu turun ke pekan, Sampannya rosak di tengah hari; Kalau selalu ingatkan Tuhan, Apa dipinta pasti diberi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan bawa perahu, Muatan isi buah berangan; Hendak berbudi biar selalu, Supaya boleh buat kenangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah durian buah kuini, Mari jatuh atas para; Duduk diam laki bini, Selalu kena sakit kepala. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan di Pulau Pinang, Orang berancah di dalam kapal; Tidur malam selalu mengenang, Air mata jatuh ke bantal. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata selalu |
|
Puisi |
---|
|
Hujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali.
Lihat selanjutnya... |
|