SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah macang tergolek-golek, Golek mari atas peti; Sekejap datang sekejap balik, Macam menyuruh anak bini. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLayang-layang menyambar duri, Hinggap sekejap di kayu jati; Kasih sayang datang ke mari, Abang sudah sedia menanti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKeluang keluwi terbang terlentang, Singgah sekejap di pokok sirih; Putus duit boleh berhutang, Putus kasih susah nak boleh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Seremban ke Kuala Pilah, Singgah sekejap membeli roti; Kalau ada silap dan salah, Janganlah simpan di dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Pasak ke Pulau Pinang, Singgah sekejap di Teluk Lipat; Jika teragak hendak meminang, Usah diharap hendak dapat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Parit ke Tanjung Piandang, Singgah sekejap membeli roti; Bila sudah wajah terpandang, Tetap tersimpan di lubuk hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerjalan kaki menuju ke paya, Singgah sekejap menggali cacing; Wahai tuan saya bertanya, Di mana jari menyarung cincin. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari Rejab bulan Syaaban, Tidak hari bertukar tahun; Jikalah sekejap rasa sebulan, Tidakkah sehari rasa setahun? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBulan Rejab bulan Syaaban, Ular lidi memanjat daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sebulan rasa setahun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBatang dedap dibuat sampan, Makan nasi ulamnya daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sehari rasa setahun. |
|
Tesaurus |
---|
| kejap1 | 1. Dalam konteks mata bersinonim dengan kelip, kedip, kerlip, kenyit, kebil, (kata kerja:)
2 Bersinonim dengan sebentar ( sekelip, seketika, ) (adverba:)
| Kata Terbitan : sekejap, mengejapkan, terkejap-kejap, |
|
Puisi |
---|
|
Layang-layang menyambar duri, Hinggap sekejap di kayu jati; Kasih sayang datang ke mari, Abang sudah sedia menanti.
Lihat selanjutnya... |
|