SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang pindah naik rakit, Rakit berikat tali bemban; Sedangkan lidah lagikan tergigit, Inikan pula sahabat sekawan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPadang lampung berbambu perindu, Kuini cempedak tumbuh melata; Sedangkan sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Bentan membawa parang, Kerana hendak ke Pulau Perca; Sedangkan intan dibuang orang, Inikan pula permata kaca. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok rumbia pokok dedap, Manakan sampai si pokok jambu; Sedangkan lebai lagikan tersilap, Inikan pula kurang ilmu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan pergi ke selat, Sarat dengan membawa bunga; Sedangkan orang dagang lat, Inikan pula keluarga sama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur cucuran atap; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kutangkap. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Damak dalam hutan, Hendak menyumpit di tengah hari; Alangkah sedih serta kasihan, Sedangkan bertunang haram tak jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon getah; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kugetah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon kandis; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung tunduk menangis. |
|
Puisi |
---|
|
Padang lampung berbambu perindu, Kuini cempedak tumbuh melata; Sedangkan sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 474 The pot calling the kettle black Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu. Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!'' Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang, konon!'' Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|