SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTebang kayu buatkan sampan, Sampan dibuat siap kemudi; Ikan mati kerana umpan, Manusia mati kerana budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSampan kotak mudik ke Pangkor, Singgah pula Pulau Sembilan; Macam diletak macam diatur, Macam cincin permata silan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSampan kolek perahu Cina, Patah pasak pintu berkurung; Adik pergi jangan lama, Buah jatuh disambar burung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSampan kotak perahu Cina, Sarat bermuat ubi keladi; Rusa ditembak pelanduk kena, Kenapa pula kijang yang mati? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSampan kotak hanyut berdetik, Alunan berlayar dari hulu; Buah masak baik dipetik, Masam manis baru tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSampan kolek perahu Melayu, Habis terbakar papan lunasnya; Akar membelit di pohon kayu, Kalau tak batang papan lunasnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSampan besar dari Daik, Dipukul ribut lalu tenggelam; Kalau asal buah yang baik, Jangan bimbang jika diperam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSampan berlabuh di tepi teluk, Hendak belayar Kuala Daik; Santan dimakan kalau mabuk, Tentu bercampur barang tak baik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSampan kotak perahu Cina, Sarat muat dalam peti; Kalau tuan ingatkan saya, Taruh-taruhlah dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSampan kolek di Pulau Jemaja, Pulau Sibu tempat bayangan; Wajah yang molek ditatap saja, Hati yang satu digadai jangan. |
|
Puisi |
---|
|
Sampan kotak mudik ke Pangkor, Singgah pula Pulau Sembilan; Macam diletak macam diatur, Macam cincin permata silan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 174 He that would eat the fruit must climb the tree Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree. Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|