Kata |
Takrif |
Sumber |
kolek I | (kolék) sj sampan kecil (utk menangkap ikan dll): orang memukat ikan gelama bersampan ~ kayunya pulai; berkolek menaiki kolek: mereka bersampan dan ~ utk menangkap ikan setiap hari; berkolek-kolek 1. terapung-apung, beroleng-oleng (spt perahu dipukul ombak); 2. melayang-layang ke sana sini (spt kupu-kupu yg terbang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kolek | /kolék/ sampan kecil (spt yg digunakan oleh nelayan-nelayan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kolek | /kolék/ sampan kecil (spt yg digunakan oleh nelayan-nelayan). | Kamus Pelajar |
kolek II | (kolék); ~ bas Kd pemeriksa tiket bas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kolek bas | Kd pemeriksa tiket bas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampan kolek | sj sampan yg tidak memakai layar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkolek-kolek | 1. terapung-apung, beroleng-oleng (spt perahu dipukul ombak); 2. melayang-layang ke sana sini (spt kupu-kupu yg terbang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkolek | menaiki kolek: mereka bersampan dan ~ utk menangkap ikan setiap hari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampan | sj perahu kecil; ~ kolek sj sampan yg tidak memakai layar; ~ kotak sampan yg mem-punyai petak-petak; ~ ludang (seludang) sampan yg bentuknya spt seludang (mancung); ~ payang sj sampan yg bersama perahu besar dipakai utk meregangkan jaring; ~ ada pengayuh tidak prb kekurangan syarat utk melakukan sesuatu; ada ~ hendak bere-nang prb ada perkara yg senang tetapi sengaja hendak bersusah payah; air besar, ~ tak hanyut prb harapan yg tidak dapat dipenuhi; bersampan menaiki sampan: maka pergilah Bujang Selamat ~ datang ke tongkang; bersampan-sampan bersuka ria dgn menaiki sampan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkoleng-koleng | beroleng-oleng, berkolek-kolek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
kolek | kolek | kolek | kolek | Perikanan |
canoe | canoe | Tiada | kolek | Sukan |
canoeing | lomba dayung | Tiada | kayuh kolek | Sukan |
Gaussian Curve | Kurva Gauss | Tiada | Kolek Gaussi | Geografi |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
kolek | kolek | Perikanan | Tiada | Tiada |
canoe | kolek batang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Lihat perahu batang. |
evaporator boat | kolek penyejat | Fizik | Tiada | Tiada |
molybdenum boat | kolek molibdenum | Fizik | Tiada | Tiada |
canoe | perahu batang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat pengangkutan yang diperbuat daripada sebatang pokok yang dibelah dua dan ditarah di bahagian tengah, hujung dan bawahnya. Perahu batang dikenali juga sebagai perahu sagur. Perahu sagur yang ditemui di Sungai Kuala Ketil (Kedah) pada tahun 1996, mempunyai lubang yang ditutup dengan damar, bertujuan untuk mengimbangi ketebalan pada setiap bahagian dinding perahu tersebut. Perahu jenis ini digunakan untuk tujuan pengangkutan dan/atau perdagangan. Sinonim kolek batang. |
juxtaposition | jukstaposisi | Kesusasteraan | Tiada | Teknik meletakkan sesuatu perkataan, frasa, imej, dan konsep bersebelahan dengan perkataan, frasa, imej, dan konsep yang lain dalam sesebuah karya sastera. Jukstaposisi digunakan untuk memperhebat imej, menyerlahkan perbezaan atau persamaan, menyebatikan dan memperluas maksud melalui konotasi dan asosiasi imej. Contohnya, ungkapan bulan dan dian menyerlahkan persamaan sebagai sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana ceria dan harmoni. Sebaliknya, ungkapan taufan dan kolek menonjolkan kontra (perbezaan) antara kuasa perkasa, keganasan, dan ketidakupayaan, di samping menghidupkan suasana takut dan ngeri. Jukstaposisi dikenali juga sebagai penjajaran dan parataxis. Jukstaposisi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud meletakkan sebelah-menyebelah. |
Harlem renaissance | harlem renaissance | Kesusasteraan | Tiada | Suatu pergerakan kesusasteraan dan budaya dalam kalangan rakyat Amerika berkulit hitam. Pergerakan ini mementingkan warisan Afrika dan berkembang pada awal abad ke-20. Harlem renaissance juga diberikan gelaran New Negro atau Black Renaissane. Pergerakan ini dipimpin oleh pengarang Afro-amerika seperti James Weldon Johnson dan Langston Hughes, dan melibatkan seniman dan ahli muzik. Pada dekad tersebut, era harlem renaissance dikenali sebagai era jazz. Salah seorang tokoh jazz yang penting ialah Duke Ellington yang mempersembahkan bakatnya di Cotton Club. Dalam bidang kesusasteraan, karya yang dihasilkan pada dekad tersebut ialah Color dan Copper Sun, Kolek sajak olah Counter Cullen dan karya, The Weary blues oleh Langston Hughes. Penulis penting yang lain ialah Claude Mckay dan Jean Toomer. Lihat juga negritude. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kolek | salui (umit) [saluy] | Melanau Dalat | |
buagan | sj sampan kolek. | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kolek | [ko.lé/] | کوليق |
berkolek-kolek | [ber.ko.lé/.ko.lé/] | برکوليق - کوليق |
|
Puisi |
---|
|
Sampan kolek perahu Cina, Patah pasak pintu berkurung; Adik pergi jangan lama, Buah jatuh disambar burung.
Lihat selanjutnya... |
|