| 
	
                            
		
			
				
					
  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu? |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPantai teluk terlalu indah, Tempat lalu perahu payang; Berjanji mulut memang mudah, Menepati janji sangatlah jarang. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNyiur berkayuh pantai berlaut, Jatuh sebutir membilang tandan; Abang sebutir bermain laut, Adik tinggal membilang bulan. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke pantai menjala ikan, Dapat seekor ikan gelama; Baik-baik memilih intan, Jangan terpilih batu delima. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNyiur lamin di Pantai Lamin, Jatuh sebutir disambar ribut; Hitam manis duduk beransin, Cacat sedikit rambutnya sejemput. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang mengail tepi pantai, Dapat seekor ikan todak; Sungguh halus sutera cindai, Kalau buruk terbuang juga. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang duduk tepi pantai, Naik ke darat menanam padi; Sungguh lebat bunga di tangkai, Kenapa putik tidakmenjadi. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Nandung ke Pantai Nandi, Orang bergajah dua beranak; Sudah terlangsung kami ke mari, Apa perintah orang banyak. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLagi Teluk ke Pantai Lepas, Raja Mersing bertenun kain; Sudah dipeluk jangan dilepas, Jangan sanggang bunga kain. |  | | Puisi | 
|---|
 |  |  | 
 Pantai Lukut luas terbentang,
 Teluknya penuh berbatu karang;
 Ibarat melukut di tepi gantang,
 Masuk tak penuh keluar tak kurang.
 
 
 
 Lihat selanjutnya...
 | 
 |